View: 2618|Reply: 4
|
Dolla Ramai Peminat Antarabangsa, Single Baru ‘Damelo’ Ada Vibes Mexican
[Copy link]
|
|
Disebabkan mempunyai ramai peminat yang bertutur menggunakan bahasa Sepanyol, kumpulan Dolla mengambil inspirasi untuk melancarkan single baharu 'Damelo' yang diambil daripada bahasa Sepanyol.
"Kami sebenarnya mempunyai agak ramai Spanish speaker fan. Dekat Twitter pun ada peminat yang akan terjemahkan kami punya tweet dalam bahasa Sepanyol.
YouTube/Rafzan Tomomi
"Jadi, kami terfikir kenapa tidak kami menyanyikan lagu yang mempunyai vibes Mexican dan maka terhasillah Damelo," kata seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Tabby atau Tabitha Ariel Lam, 23.
Dolla berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharu berjudul Damelo yang diadakan di Publika, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Dolla turut menjelaskan peminat mereka yang berasal dari Brazil, Argentina dan Amerika Syarikat lebih memilih untuk mendengar lagu-lagu mereka dalam versi asal iaitu bahasa Melayu.
"Sebenarnya kalau dilihat lagu-lagu nyanyian kami mempunyai dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
"Kami ada juga kawan dari AS yang mengatakan mereka lebih suka mendengar versi bahasa Melayu berbanding Inggeris," ujar mereka.
Ditulis dalam bahasa Sepanyol pada asalnya, lagu Damelo diolah ke bahasa Melayu dan Inggeris oleh penyanyi rap wanita iaitu Sya dan diterbitkan oleh bintang hiphop terkenal, SonaOne.
"Walaupun lagu ini ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, kami masih kekalkan beberapa bahagian dalam bahasa Sepanyol sebagai penghormatan kepada penulis asal karya ini.
"Kami juga terpaksa belajar sebutan bahasa Sepanyol daripada SonaOne dan adiknya untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan betul," jelas Dolla.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
tengok reaction kat youtube, mendonia eh dolla |
|
|
|
|
|
|
|
baru la....internationallllllll gitew....
|
|
|
|
|
|
|
|
mujur lagu theyols sedap jugak berbanding lagu baru tok ti yang serhoper kena sumpah jadi santa claus...
acik ning tu pun serhoper kena sumpah jadi ayam pirus...
acik jena jain lagi lah dah macam dia yang menempel dekat artis bbnu sebab dah sendu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Best lagu ni..
Give it to me.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|