View: 2259|Reply: 13
|
Nadzmi Adhwa Dipuji Tak Gentar Dan Tenang Sambut Anak Kedua, Siap Tarik Uri
[Copy link]
|
|
Perkongsian video pelakon Nadzmi Adhwa masuk ke dewan bersalin bagi membantu proses kelahiran anak keduanya mendapat perhatian dan pujian netizen.
Pada 25 Julai lalu, Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, dilihat tidak gentar dan tenang ketika isterinya, Ardell Aryana bertarung nyawa melahirkan bayi lelaki mereka.
IG
Lebih mengagumkan apabilaaktor itu dengan wajah selamba memegang kepala bayinya dengan bantuan doktor sebelum menarik keluar anaknya.
Tidak hanya itu, Nadzmi turut menarik keluar uri dan memotongnya sebelum dilihat melaungkan azan dan iqamah di telinga kanan bayinya.
Dalam pada itu, Nadzmi turut meluahkan penghargaan buat Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 33, kerana telah berkorban melahirkan cahaya mata mereka.
Add Image Caption Here
Sementara itu, Nadzmi dan Ardell sepakat memilih nama Arwa Uthman Affan bagi bayi lelaki mereka.
Menurutnya, mereka memilih 'uthman' kerana ia merupakan nama sahabat Rasulullah SAW selain salah seorang pemerintah Islam yang hebat.
Manakala 'Arwa' pula membawa maksud puas, segar, menyenangkan dan merupakan nama ibu Khalifah Uthman.
'Affan' pula adalah nama Khalifah Uthman yang bermaksud bijak dan cerdas.
Pada 25 Julai lalu, Ardell selamat melahirkan cahaya mata kedua secara normal di Pusat Perubatan Anddora, Seri Kembangan, Selangor pada pukul 12.58 pagi.
Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini memiliki seorang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia tiga tahun
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
hospital andora ni mmg bg suami sambut anak sendiri ye tgk ramai dh sambut anak sendiri. tahniah oh dpt baby boy dah sepasangla anak diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
dah dua anak ni tak payah laaa si bini sibuk nak gi sukarelawan bagai kat negara perang tu...dok umah jaga anak bagi laki keja bagus sikit... dah macam mop lantai dah rambut laki kau sesambil jaga anak sambil buat live jual baju lusuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cassieopeia: hospital andora ni mmg bg suam ...
Of course lah berbayar kot
Siap HP masuk rekod video bagai
Si bapa siap gunting kan tali pusat lagi
Bayar mahall2 takkan tak dapat keistimewaan begitu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... seronok dgr org dpt anak... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh lagi satu, tadi kisah kapel penunggang jugak dok canang pasal laki pakai kan stoking dalam pantang
Ni siap tarik uri.. Korang jangan sampai jah up gambar puyu menetekkan abas |
|
|
|
|
|
|
|
Cassieopeia: hospital andora ni mmg bg suam ...
Bagus lah bagi hubby yang sambut…biar nampak susah nya isteri tu bersalin…lepas tu, nak tambah anak baru la fikir byk kali kot |
|
|
|
|
|
|
|
Frankly, ape produk dua2 insan ni yang recent?
Masih layak bergelas retis ke?
Atau retis sejuk beku benua antartika tp acah2 hot dgn up status yang gum punk |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya dapat bersalin dgn Dr Kham. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 2-8-2023 10:32 PM
Frankly, ape produk dua2 insan ni yang recent?
Masih layak bergelas retis ke?
Atau retis sejuk beku ...
Selalu nampak kat tt diorang buat live jual mee kari opah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab ni kita puji.. Bukan semua suami sanggup letak tepi rasa gementar dan takut untuk teman isteri bersalin |
|
|
|
|
|
|
|
gigil gigil pun kuar 2 dahh...tahniahh |
|
|
|
|
|
|
|
Cassieopeia replied at 2-8-2023 04:29 PM
hospital andora ni mmg bg suami sambut anak sendiri ye tgk ramai dh sambut anak sendiri. tahniah oh ...
Iyo, rasa pakej skali videographer kot psl ada sedara iols baru beranak kat sana. Spjg dia pi checkup, pastu beranak direkodkan. Asben masuk skali dalam labour room |
|
|
|
|
|
|
| |
|