View: 3013|Reply: 8
|
"Hentikan Ideologi Itu!" Liza Hanim Bengang Dituduh Suka Tenggelamkan Dan 'Makan' Rakan Duet
[Copy link]
|
|
Liza Hanim terkilan dituduh dia akan ‘menenggelamkan’ mana-mana rakan duet dalam setiap persembahan.
Katanya, ideologi sebegitu dipercayai disebarkan oleh pakatan yang cuba menjatuhkan imejnya sebagai seorang penyanyi malah menyifatkan penggunaan ‘makan’ penyanyi duet dianggap melampau.
Foto: IG
“Sebenarnya saya tidak tahu kenapa orang bercakap saya akan tenggelamkan penyanyi duet.
“Sampaikan ada pakatan yang cuba mencipta imej atau ideologi sebegitu mengenai saya.
“Perkataan ‘makan’ itu agak berlebih-lebihan sebenarnya,” katanya kepada Kosmo!
Tambahnya setiap persembahan sudah dirancang terlebih dahulu dan berbincang dengan rakan duet untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
“Tugas saya hanya menyanyi sahaja dan naik pentas cuma lontarkan semua energi dan kemampuan yang ada.
“Namun semuanya mengikut apa yang sudah dirancang. Kalau betul saya ‘makan’ rakan duet, pasti tiada sesiapa yang akan menjemput saya menyanyi lagi.
“Kemudian, setiap persembahan adalah dirancang dan jarang berlaku perkara yang muncul secara spontan,” katanya lagi.
Tambah pemilik nama penuh Haliza Hanim Abdul Halim itu, dia berharap pihak-pihak tertentu berhenti menyebarkan perkara tidak benar yang kadangkala menggores hatinya.
“Pesanan kepada mereka yang sebarkan ideologi sebegitu, sudah-sudahlah ya. Tidak perlulah lakukan hal sebegitu.
“Kadang-kadang saya terbaca yang sengaja menulis perkara tersebut di mana-mana platform media sosial kemudian ramai pula yang mempersetujuinya.
“Memang cuba elak tetapi serba sedikit memang akan terasa juga,” ujarnya.
Difahamkan, dakwaan tersebut timbul setiap kali dia akan mengadakan persembahan duet dengan mana-mana penyanyi dalam setiap acara atau pertandingan nyanyian sebelum ini. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
sapeee ko ni???? like euyewwwwwwwwwwwwwwwwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
ngantuk lahaiii gosip |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bukak radio RTM byk dorang pasang lagu yg dia nyanyi, tak kisah la lagu sendiri ke lagu patriotik. I tak kisah pun sbb suara dia tak bingit. I suka mata dia seksi. Mcm mata kucing. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan salah dia dh suara dia sedap. Cuba haritu dia nyanyi dgn tokti, okay je haha |
|
|
|
|
|
|
|
tenggelamkan apooooooooo... sheolsss pun sendu nyahhh...
perasan je ko kan...
patutnya rakan duet tu yang patut risau takut di sendukan dek kesenduan kau walaupun dia pun sendu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang nampak rakan duet agak tenggelam.
Kak Liza ni kena pair dengan penyanyi yang setara 'gagah' vokal dan energi dengan dia. Tak silap dulu dia pernah duet dengan noryn, okey je. Balance. Tak nampak pula dia 'makan' noryn.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan chuolss. time duet dengan noreen aziz tu memang best. tapi time duet dengan aweera tu hauk kesian tengok yachh susah agaknya aweera nak match level dengan tone queen liza tu kot
|
|
|
|
|
|
|
|
doubleharmonic replied at 3-8-2023 11:23 AM
kan chuolss. time duet dengan noreen aziz tu memang best. tapi time duet dengan aweera tu hauk kes ...
Yer..kak liza memang queen.
Dah suara kak liza memang power nak buat acano.. peserta tu sendiri patut nilaikan dulu tahap kemampuan mereka sebelum memilih untuk berduet dengan queen LH. Bukan salahkan LH sajork. |
|
|
|
|
|
|
| |
|