CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1899|Reply: 0

Isu jentera kembali hantui Mercedes

[Copy link]
Post time 1-8-2023 03:12 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON berdepan isu jenteranya yang melantun dan tidak stabil ketika bersaing di GP Belgium kelmarin. - AFP

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Mercedes kembali berdepan ‘penyakit’ lama selepas Lewis Hamilton mendakwa jenteranya yang dipacunya pada Grand Prix (GP) Belgium kelmarin dibelenggu dengan masalah melantun sekali gus menjejaskan rentak perlumbaannya.

Pada saingan tersebut, bekas juara dunia F1 itu memulakan saingan di petak ketiga, namun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas mengakui berdepan masalah sama sepajang beraksi pada perlumbaan di Spa-Francorchamps.

Lebih memeritkan, pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen terus melakukan kejutan menjuarai perlumbaan tersebut biarpun memulakan perlumaban di petak kelima sekali gus melakar kemenangan buat kali kelapan berturut-turut musim ini.

“Saya tidak dapat berlumba dengan pesaing di hadapan saya. Saya bergelut pada awal perlumbaan dan bahagian belakang adalah isu terbesar kami. Kemudian kami mengalami masalah yang serupa tahun lalu iaitu jentera melantun.

“Pada saingan tersebut, saya berjaya mendekati Ferrari dalam beberapa saat, tetapi saya tidak dapat memberi tentangan. Saya juga berdepan masalah terutama ketika angin yang terlalu kuat menyukar saya untuk mengekalkan perlumbaan di landasan yang betul,” kata Hamilton.

Hamilton mengakui pasukannya akan segera menyiasat perkara tersebut sebelum bermulanya saingan Grand Prix (GP) Belanda yang berlangsung pada 27 Ogos nanti.

“Mereka (jurutera Mercedes) tidak tahu punca menyebabkan jentera tersebut kembali berdepan masalah sama (melantun). Bagi saya ia satu kebimbangan.

“Bagaimanapun, pasukan menegaskan mereka akan meneliti data minggu ini dan cuba memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikannya,” tambah Hamilton. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... li-hantui-mercedes/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.204430 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list