CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 0

Horner puji persembahan memukau Red Bull

[Copy link]
Post time 1-8-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN muncul juara di GP Belgium. FOTO AFP

Spa Francorchamps: Prinsipal Red Bull, Christian Horner menyifatkan prestasi pasukannya musim ini sebagai 'sangat memukau' selepas kemenangan Max Verstappen di Grand Prix (GP) Belgium pagi tadi.

Verstappen meraih kemenangan kelapan berturut-turut dan ke-10 musim ini untuk mengekalkan cengkaman keseluruhan Red Bull di Formula Satu (F1) selepas 12 kemenangan daripada 22 perlumbaan.

Ditanya mengenai prospek untuk melengkapkan musim tanpa kalah, Horner berkata: "Saya tidak akan memikirkan sejauh itu. Kami akan kembali selepas rehat dan cuba mengekalkan momentum yang menakjubkan ini."

F1 akan berehat selama tiga minggu dan kembali pada penghujung Ogos dengan GP Belanda di laman sendiri Verstappen, di mana dia akan berusaha untuk menyamai rekod 2013 bekas pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dengan sembilan kemenangan berturut-turut.

Kemenangan ke-45 Verstappen dalam karier membolehkannya berada 125 mata di hadapan rakan sepasukan, Sergio Perez dalam kedudukan keseluruhan, manakala dalam kategori pengeluar, Red Bull mendahului dengan 503 mata meninggalkan Mercedes 247 mata.

Pagi tadi Perez berada di tempat kedua bagi kemenangan satu dua yang kelima Red Bull musim ini.

Horner memuji pasukan itu atas usaha mereka memenangi kesemua 12 perlumbaan tahun ini.

"Ini semua mengenai kerja berpasukan dan semua orang melakukan tugas mereka," katanya.

"Ia adalah apa yang pasukan lakukan pada bahagian pertama tahun ini dan itulah sebabnya kami kekal tidak tewas setakat ini. Ia menakjubkan!.

"Kami perlu mengekalkan tahap ini, tetapi pada masa ini semua orang berhak mendapat rehat yang sewajarnya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-memukau-red-bull
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.298199 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list