View: 3185|Reply: 15
|
Kes saman fitnah S.M Faisal, Caprice dijangka selesai Jumaat ini
[Copy link]
|
|
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan Jumaat ini bagi pihak-pihak memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah antara ahli perniagaan terkenal, Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice.
Saman fitnah itu berhubung hantaran berbaur fitnah yang dibuat selebiriti itu di laman Instagramnya mengenai kes Emilia Hanafi yang juga bekas isteri S.M Faisal.
Perkara itu dimaklumkan peguam Ardy Suffian Akberdin yang mewakili S.M Faisal selaku plaintif selepas sebutan kes dalam kamar di hadapan Hakim Azian Othman.
Foto: IG
“Mahkamah menetapkan 4 Ogos ini (Jumaat) pengurusan kes seterusnya dan pada tarikh itu adalah bagi penyelesaian penuh. Hari ini S.M Faisal (plaintif) tidak dapat hadir kerana berada diluar negara dan akan balik pada 3 Ogos ini (Khamis). Anak guam kami akan hadir di mahkamah pada Jumaat ini bagi penyelesaian kes,” kata peguam itu yang turut bersama seorang lagi peguam Farah Dinah Abu Bakar.
Tambahnya, sebelum ini pihak defendan iaitu Caprice ada meminta supaya anak guamnya menarik balik kes saman itu. Bagaimanapun sebelum kes saman itu ditarik, pihak-pihak perlu mempunyai persetujuan.
Ujar peguam itu, ia antaranya membabitkan permohonan maaf dan kos persetujuan kerana itu adalah perlu bagi membolehkan mahkamah merekodkan penghakiman untuk keadilan kedua-dua belah pihak.
Dalam prosiding hari ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, turut hadir di mahkamah bersama peguamnya.
Pada prosiding pengurusan kes sebelum ini, Mahkamah Sesyen sama telah menetapkan tiga hari bermula Oktober ini bagi perbicaraan kes saman fitnah itu. Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 4 hingga 6 Oktober ini.
S.M Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan Akberdin & Co. pada 15 Ogos tahun lalu dengan menamakan Caprice sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan S.M Faisal berkata, pada 27 Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Emilia, 43, yang juga menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah komital mahkamah.
Plaintif mendakwa insiden itu kemudian dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat mala fide (niat jahat) tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif.
Kata plaintif, sehari selepas itu, defendan dengan niat sama turut mengherdik, mencemuh dan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video atau hantaran melalui Instagramnya pada 28 Jun tahun sama.
Ujar plaintif, tindakan defendan itu menyebabkan plaintif berasa tertekan dari segi emosi selain cemuhan dan gangguan daripada pihak-pihak yang ada kaitan atau menyokong kempen untuk menjatuhkan plaintif.
Dalam pada itu, plaintif turut mendakwa hubungannya dan keluarga serta fokus kerjayanya juga terkesan dan terganggu.
Pernyataan saman itu turut menyebut hantaran fitnah itu mengakibatkan plaintif mengalami keaiban, penghinaan, cemuhan, tohmahan, cacian, ejekan atau kebencian dalam kalangan masyarakat.
Justeru plaintif memohon suatu perintah injunksi mandatori terhadap defendan untuk mengeluarkan atau memadamkan hantaran fitnah tersebut yang diterbitkan, dimuat naik, disebarkan atau disiarkan yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif.
Selain itu, plaintif turut menuntut suatu injunksi kekal menghalang defendan sama ada oleh dirinya sendiri, sekutunya, ejennya atau sesiapa sahaja daripada memuat naik, menyebarkan, menyiarkan,menerbitkan, mengedarkan atau menghebahkan dengan apa cara sekalipun. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kesian si botak tu... dari ko gigih mencapub isu kulu kilir sampai kena saman...
baik lah ko ke yun nam hair care pergi tanam rambut... takde la nampak macam orang sewel duk pakai topi kulu kilir hari2...
acik jumanji kerja drift pagi2 langgar palang dan bonggol tu pun takde pakai macam orang sewel macam kau yach... lagi herlokkk cantik rhoper sheolss...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermm kesian siapa yg dgr ckp ex wife faisal ni.. semua kena game dia larik yg tgg hutang lawyer org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah dah terlebih nak mencapub hal orang. Sebok jer nak ulas macam dia yang ada dalam kehidupan orang. Kena lah kali ni. Dia ingat Naza tu apa dan siapa dibandingkan dengan dia, yang hanya habuk bagi mereka. Semoga jadi pengajaran dan muhasabah diri. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka...ajauuuu kan muka dia...semak sibuk hal orang...hal sendiri defensive pulak... tak payah tarik balik kes... biarkan dia bayar saman tengok jauh mana anak orang kaya dia... selama ni kekonon untouchable la konon semua issues dia boleh ulas, takde siapa nak layankan dia..kalini silap la main ngan orang yang lagi atas-atas daripada dia..
p/s: meols tetap sokong abam red couch ye... emmmphh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Err dia ni ke yg 'sofa merah' kat twidder? ekekekekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
lantak engkila semua cam bijik |
|
|
|
|
|
|
|
anak orka kayangan berantam sesama sendiri. dorang ni kalau bukan sebab harta daddy, they would be nobody.
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka kau kepris poyoo |
|
|
|
|
|
|
|
ex wife cakap menipu ke u?
skang dah settle secara baik kan
berapa duit la yang ex husband bagi ek
dah kaya bertambah kaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa kalau nk diikutkn gambar tt tepek ni..abg sofa merah ni lg hencem dr faliq n nasa. Lantak kome la memasing perabih harta bapak je |
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 2-8-2023 10:08 AM
ex wife cakap menipu ke u?
skang dah settle secara baik kan
berapa duit la yang ex husband bagi ek ...
X tau berapa tapi si ex wife ni kaki belit jugak sb tu byk bertukar lawyer. Yes faisal ni mmg kan pussy hunter tapi kalau u korek balik thread2 lama byk ckp cite x baik pasal
Emi ni. N yg baru ni puan Mona din terpaksa bayar saman disbkan dgr putar belit si emi ni. Kesian . |
|
|
|
|
|
|
|
kesian mona juga.
beria nak tlg wanita teraniaya.
last2 dia tggl gitu aje. dah org tu yg kena byr saman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan ade vid sex lagi sijantan haprak kaki bedukkk wanita kemonlahh no telorrlah beb jantan ginnih bagi babi makan pun babi xnaknyaaa jangann jadi penjilat penzina bolehhh
x bongokkk |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 EH dapat ratus juta settlement
Yang mencapub ni menganga kena hadap bicara
Macik tak puas hati Cap ni tak cover kes Lambo geng dato 10 tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|