CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2247|Reply: 7

Ella Tak Takut, Cabar Penggodam Datang Konsert

[Copy link]
Post time 1-8-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 58, mencabar individu yang menggodam akaun Facebooknya untuk hadir ke konsert yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 28 Oktober ini.


Terdahulu, Ella menerusi Instagram pada 27 Julai lalu memaklumkan akaun Facebooknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.




IG




“Saya tidak rancang untuk buat gimik. Saya rasa ia satu perbuatan yang tidak elok dan boleh memberikan kesan,” katanya kepada mStar ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun serta pengumuman konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.


Susulan insiden itu, Ella membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor pada hari kejadian dan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mendapat semula akaun tersebut.


Laporan dibuat kerana tindakan penggodam itu memuat naik video tidak senonoh telah mencemarkan imej baiknya.


“Perkara ini bukan main-main, kita tahu sekarang sosial media sangat penting kerana itu juga salah satu tempat cari makan.


“Saya cabar orang itu untuk datang ke konsert saya. Saya tak takut kerana kita ada kawalan keselamatan yang baik,” ujarnya.


Bercakap tentang siri kedua konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota, Ella memberitahu ia sebagai satu tanda penghargaan buat peminat terutamanya mereka yang tinggal di utara Semenanjung Malaysia.




mStar




Tiket konsert tersebut akan mula dijual pada 2 Ogos di www.hitmanlive.com.


Pada Jun lalu, Ella membuat kejutan memadam semua gambar di Instagram sebagai gimik sempena konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn main2 dgn kak ella okayyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi sape yang manage fb ella tu?

Ya ampun jangan la bagi orang tua manage...

Tak pasal2 kena godam... Orang tua kalau bagi link ke apa dia klik je...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh..cabar dtg konsert utk apa? Nyanyi bersama?

Nampak sangat la gimik nek El.

Nek el pon terdesak sgt ke nak penontom dtg sampai kena buat gimik. Nama nek el dah cukup gah dah kan,x kan la xde org dtg. X perlu la gimik murahan mcm ni. Choyyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 1-8-2023 11:43 AM
Tapi sape yang manage fb ella tu?

Ya ampun jangan la bagi orang tua manage...

Jap ...ko ghaser si ell iteww bijak sangat keww?

Tak mustahil pun  dia sendiri yg terkantoi beri lee way utk org lain godam akaunnyer?

Kahkahkahkahkahkah

Dia ni kita boleh samakheun level kebijaksanaannyer 2×5 macam DCT.....yg nan hado.  

Soweeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:23 PM | Show all posts
Tak masalahnya, nak Masuk tu free je ke utk hacker tu?
Ke kena bayar tiket?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2023 01:48 PM | Show all posts
mek yah @Bipolajourney2 dan hadi bawang dari marang tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:10 PM | Show all posts
kat penang 28oct yach...meols rasa macam nak pegi amik yang free seating namun idok le minat sangat cuma rasa nak pegi bole gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.086025 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list