CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5601|Reply: 8

Buka Pintu Sampai Calar Kereta, Pemandu Kesal Laki Bini Kuat Perli, Berlagak Samseng

  [Copy link]
Post time 31-7-2023 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Tular satu kejadian memaparkan kejadian situasi tegang melibatkan sepasang suami isteri dengan seorang lelaki akibat perselisihan faham yang berlaku di parkir kereta di 1120 Park Avenue, Block B1 Sunway, Petaling Jaya, Selangor.


Melalui satu video yang dimuat naik di media sosial pada Isnin menunjukkan seorang lelaki menjerit ke arah mangsa dengan menggunakan perkataan yang kurang sopan.


Tangkap layar video memaparkan situasi tegang melibatkan sepasang suami isteri dengan seorang lelaki akibat perselisihan faham yang berlaku di parkir kereta di 1120 Park Avenue, Block B1 Sunway, Petaling Jaya, Selangor.




Menerusi maklumat awal yang dikongsikan oleh warganet, insiden itu difahamkan berlaku apabila suami isteri itu tiba dan meletakkan kenderaan mereka bersebelahan kereta mangsa terbabit, sebelum wanita tersebut bertindak membuka pintu dengan kuat.


"Samseng laki bini. Isteri dia telah membuka kereta dengan kuat sehingga terdapat kesan calar pada kereta saya.


"Saya menegur isterinya dengan nada suara yang baik. Saya tegur boleh tak buka pintu perlahan-perlahan jangan sampai terkena kereta orang.


"Mula-mula isterinya berkata 'oppss sorry terkena'. Saya mula-mula dah sejuk dah tapi ayat isteri dia seterusnya yang buat saya tegur semula masih dengan nada suara yang rendah. Isteri dia boleh sambung kata kereta saya parkir dekat-dekat," katanya menerusi kapsyen yang dikongsikan dalam video berkenaan.


Mangsa tersebut mendakwa, dia tidak berpuas hati apabila wanita tersebut mula menyalahkan dirinya kerana meletakkan kenderaan terlalu rapat.


"Setahu sayalah, saya yang parkir kereta dahulu dan dia datang kemudian. Dia keluar kereta dan buka pintu sampai calar kereta orang.


"Lagipun parkir punya banyak dan dia yang datang kemudian sanggup menyempit masuk (parkir), tengoklah betapa samsengnya dia.


"Ya, isterinya dah minta maaf tapi kenapa boleh salahkan saya parkir dekat sedangkan dia yang parkir kemudian. Saya parkir dan berada dalam kereta hampir 20 minit kerana menunggu orang dan baru dia sampai parking," jelasnya.


Lebih menambah kemarahan, si suami datang dengan lagak samsengnya dan tiba-tiba datang serta menjerit ke arah lelaki tersebut.


"Si suami pula tiba-tiba datang menjerit kata kau nak apa lagi! Eh kalau si isteri dah buat silap sepatutnya sebagai suami datang mohon maaf on behalf si isteri tu.


"Ini tak, terus menengking dan menjerit jerit. Saya post ni bukan nak aib kan siapa-siapa, tapi nak tunjuk kelakuan biadap suami isteri yang dah buat salah tapi tunjuk samseng," katanya lagi.


Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pasangan suami isteri tersebut mahupun pihak berkuasa.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua bnd nak viral. Semua bnd xleh nk sabar. Ko dh tau org tu 'gila' g layan btp. Bio kan jela.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 05:08 AM | Show all posts
gilaaaa. klu ak malas nak layan, trus cau. mlas nak bertekak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:40 AM | Show all posts
dah alang-alang calar, kau buka la pulak pintu kau sampai kena kereta dia..
pastu cakap balik apa dia cakap tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:49 AM | Show all posts
mmm
selalu je kena calar kesan kete sblh pny pintu
kdg iol pun terlajak jgk
totally tak sengaja sbb mmg bkk dh slow
tp disebabkan park tmpt berbukit pintu tu kdg agk laju terbukak
blh imejin kan

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 10:59 AM | Show all posts
Akhir citer depa gaduh tak? Laki yg tengking tu knp mcm tu? Loan tak lulus kah? Baran betoi... ekekekekekek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2023 11:24 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 1-8-2023 10:40 AM
dah alang-alang calar, kau buka la pulak pintu kau sampai kena kereta dia..
pastu cakap balik apa di ...

ahahah kan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:30 AM | Show all posts
pernah kena jugak. ada nyonya ni bukak pintu banyak kali & setiap kali bukak kena pintu kereta saya. walhal saya ada dalam kereta masa tu. bila saya keluar dia buat bodoh je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 09:53 PM | Show all posts
selalu juga kena. Calar balar kereta. samada kena drp pintu kereta sebelah atau trolley. Kita hati2 buka pintu takut kena kereta sebelah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.074586 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list