CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2363|Reply: 1

Bapa Pengsan Berhari-Hari Menjelang Kematian Anak Dipenjara 56 Tahun

[Copy link]
Post time 31-7-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 56 tahun dan 11 bulan terhadap lelaki dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) kerana mabuk dan menyebabkan anaknya berusia dua tahun mati kelaparan.


Mahkamah memutuskan hukuman itu Jumaat lalu selepas Jeffrey J James Exon, 47, didapati bersalah membahayakan kanak-kanak secara melampau, pembunuhan tahap pertama dan kedua anak perempuannya bernama Aurora.




Gambar hiasan




Hukuman penjara itu paling maksimum yang boleh dikenakan atas pertuduhan berkenaan, menurut Topeka Capital-Journal yang dilapor The Independent.


Ketika perbicaraan kes awal tahun ini, pendakwa raya berkata, Aurora dan abangnya, Teddy yang berusia empat tahun ditemui di rumah Exon pada 5 Januari 2021, selepas Exon menghubungi 911, melaporkan anak perempuannya tidak bernafas.


Dia kemudian memberitahu pihak berkuasa yang kanak-kanak malang itu 'berlapar sendiri' namun, Teddy kemudian berkata kepada penyiasat yang dia dan adiknya dikurung di dalam bilik selama berhari-hari tanpa makanan, sementara Exon 'tidur'.


Badan Aurora sejuk ketika pihak berkuasa tiba di rumah itu dan kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima botol minuman ditemui di bilik tidur Exon.


Pendakwa raya berhujah yang lelaki itu tidak memberi anaknya makan kerana masalah ketagihan dihadapinya.


Punca kematian Aurora dikenal pasti sebagai masalah kekurangan zat makanan dikenali marasmus.


Anak lelaki Exon yang turut memberi keterangan di mahkamah memberitahu, bapanya pengsan berhari-hari menjelang kematian Aurora.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 11:35 PM | Show all posts
harap mereput kat dalam tu mati macam anak dia mati..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.100615 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list