View: 2500|Reply: 1
|
Wanita Tipu Diragut Ketika Naik Motosikal Dengan Kekasih Sebab MyKad Tercicir
[Copy link]
|
|
Polis menahan wanita yang membuat laporan palsu diragut selepas keciciran MyKad miliknya.
Wanita berusia 24 tahun itu 'kantoi' apabila dia disoal siasat polis mengenai kejadian dilaporkannya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat wanita itu pada Jumaat lalu.
 Gambar hiasan
"Wanita itu mendakwa ketika dia bersama teman lelaki menaiki motosikal melalui Jalan Dato Mufti, Kampung Dato Mufti Shuib, kira-kira jam 5 petang didatangi seorang penunggang motosikal yang meragut begnya.
"Bagaimanapun, hasil siasatan dilakukan suspek mendakwa membuat laporan palsu kerana MyKad miliknya sudah tercicir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, Mohd Azam berkata, suspek kemudian ditahan pasukan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.
Katanya, suspek direman empat hari sehingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang berjaya terlepas ke buat laporan palsu nih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|