CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5717|Reply: 1

Pemandu, Kelindan Maut Lori Minyak Sawit Terbabas

[Copy link]
Post time 30-7-2023 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Gua Musang: Pemandu dan kelindan sebuah lori membawa muatan minyak kelapa sawit maut selepas kenderaan berat yang dinaiki itu terbabas di Jalan Paloh 3- Lebir, di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Yahya Jusoh, 36, dan kelindan, Mohammad Hariz Zulkifli, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.


Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan dua mayat mangsa yang tersepit di dalam lori minyak kelapa sawit di Jalan Paloh 3 - Lebir, Gua Musang, hari ini. Foto IHSAN BOMBA



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, lori jenis Volvo itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari sebuah kilang minyak sawit di Paloh 3 di sini menuju ke Klang, Selangor.


Katanya, semasa tiba kawasan jalan yang selekoh, lori terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan kanan jalan sebelum terbalik.


“Nahas itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Mayat pemandu lori dan kelindan itu dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.


Choon Foo memberitahu, siasatan lanjut mendapati, kemalangan berlaku semasa lori tersebut hilang kawalan ketika melalui laluan selekoh sebelum terbabas dan terbalik di sebelah kanan jalan.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 04:16 PM | Show all posts
salam takziha buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.318925 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list