View: 6460|Reply: 8
|
Mudah Masuk, Susah Keluar!
[Copy link]
|
|
Beijing: Mudah masuk, susah keluar. Itu pengajaran terpaksa dilalui seorang lelaki di timur China selepas mencuba 'cabaran mentol lampu'.
The Straits Times melaporkan, lelaki dikenal pasti dengan hanya nama keluarga Chen itu menonton video dalam talian yang menunjukkan seseorang yang menyumbat mentol ke dalam mulut.
Dia kemudian mencuba aksi itu, namun kemudian menyedari bahawa mustahil untuk mengeluarkannya semula dari mulutnya.
Memetik laporan media tempatan China Global Television Network (CGTN), Chen tidak percaya dengan dakwaan lelaki di dalam video itu.
Jadi dia mencuba cabaran itu dan berakhir dengan keadaan yang sama apabila mentol lampu kaca tersangkut di mulutnya dengan logam pemegang mentol menonjol keluar menyebabkan dia tidak boleh bercakap atau menelan.
Kejadian berlaku minggu lalu di bandar Yuyao di wilayah Zhejiang dan keadaan itu menyebabkan Chen terpaksa meminta bantuan bomba tempatan.
Anggota bomba itu teragak-agak untuk mengeluarkan mentol daripada mulut Chen kerana jika mentol kaca itu pecah, kerana ia akan menyebabkan kecederaan.
Mereka membawanya ke hospital, di mana seorang doktor perlu berhati-hati mengeluarkan mentol dari mulutnya dengan bantuan pembuka mulut.
Sungguh melegakan Chen apabila doktor itu berjaya mengeluarkan mentol lampu itu yang terperangkap dalam mulutnya selama lebih dua jam.
Doktor juga berkata, sebelah rahang Chen terkehel disebabkan mentol lampu tersumbat di mulutnya.
Apa pun, mengapa sukar untuk mengeluarkan objek yang sebelumnya boleh dimasukkan ke dalam mulut dengan mudah?
Video dari TheSoul Publishing menerangkan bahawa walaupun bentuk mentol membolehkan ia mudah dimasukkan ke dalam mulut, mengeluarkannya adalah bermasalah.
Ini mungkin kerana sebahagian daripada mentol terkena pada gigi, dan otot rahang menjadi tegang.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk jer...igtkn mudah(jer) masuk Msia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pelik2 semestinya dari ummah PRC, sumbat botol dlm juboq la, berak dlm lif la, mcm2 lagik kebongokan. Jangan dilopa, 1.2 jota ummah dorang yg masok tanah ayer ni tak tau malu tak reti2 nak berhambus dari tanah ayer ni |
|
|
|
|
|
|
|
adehai, amende la cuba benda x bermanfaat camnih. dah tonton dah aksi tu and kesan dia, still wanna do it gak |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 jenis kebodohan
mula2 baca tajuk ingatkan kisah gay kehausan mujur bkn |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa ada yg betul2 buat ke
i ada tgk scene dlm drama the good doctor ada budak masukkn mentol dlm mulut
Jenuh shaun pikir cmna nk keluarkan tanpa kehel kan rahang budak tu
Last2 dia masukkan mcm beg getah keliling mentol n pecahkan mentol tu baru settle |
|
|
|
|
|
|
| |
|