CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2206|Reply: 2

Lebih 50 Murid Sk Cyberjaya Didakwa Alami Keracunan Makanan

[Copy link]
Post time 30-7-2023 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Cyberjaya: Lebih 50 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya didakwa mengalami masalah keracunan makanan selepas dipercayai menjamah makanan di kantin sekolah itu pada minggu lalu.


Bapa kepada salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, anaknya lebih awal mengalami simptom kes apabila didapati muntah sewaktu sesi pembelajaran selepas waktu rehat.


Gambar hiasan




Katanya, anaknya dalam keadaan sihat ketika dihantar ke sekolah sebelum dimaklumkan oleh guru berhubung situasi anaknya untuk dirujuk ke fasiliti kesihatan.


“Saya membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri demam, namun setelah ujian darah dilakukan, tiada tanda demam.


“Bagaimanapun, daripada simptom dialaminya, doktor mengesahkan anak saya keracunan makanan,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.


Mengulas lanjut, katanya, setelah dua hari diberikan cuti rehat, anaknya dibenarkan ke sekolah semula pada Khamis lalu.


Namun, katanya, anaknya sekali lagi mengalami muntah-muntah selepas makan nasi lemak dan ayam goreng di kantin sekolah.


“Pada hari tersebut juga, lebih 50 murid mengalami simptom sama seperti sakit perut, muntah-muntah dan sakit kepala setelah makan di kantin sekolah,” jelasnya.


Bagaimanapun, Kosmo! masih mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan berhubung kejadian berkenaan.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 10:46 PM | Show all posts
Cuba budak2 tu order melalui grab macam mek yah

Pasti tak keracunan dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika terbukti berpunca dari makanan di kantin, sila tamatkan tender serta merta
Jangan kompromi dgn perkara yg membabitkan keselamatan & nyawa kanak2
Keracunan biasa berpunca dari pengabaian aspek kebersihan & mereka yg pengotor tak layak berniaga makanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.036696 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list