CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 4

Bekas Pemain Bola Sepak Liga Super Didakwa Pecah Rumah, Simpan Barang Curi

[Copy link]
Post time 30-7-2023 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Pontian: Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan membabitkan pecah masuk rumah dan menyimpan harta curi, antara Jun dan awal Julai lalu.


Tertuduh, Mohd Azinee Taib, 33, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.


Mengikut kertas pertuduhan pertama, Mohd. Azinee didakwa bersama-sama dua lagi rakannya yang masih bebas telah memecah masuk ke sebuah rumah di Taman Benut Utama, Benut, di sini, bagi maksud mencuri.


Mohd Azinee (baju oren, dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas tiga pertuduhan pecah rumah dan memiliki harta curi, bulan lalu dan awal bulan ini.



Kesalahan itu dilakukan pada pukul 12.05 tengah hari pada 8 Jun lalu.


Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Azinee dituduh bersama-sama dua rakannya, Muhammad Hairul Hafiz Muzaren, 24, dan Khairul Akmal Zainol Abidin, 31, telah memecah sebuah rumah di Taman Cendana, Benut, di sini, bagi tujuan mencuri.


Kesalahan itu dilakukan mereka kira-kira pukul 1.15 tengah hari pada 3 Julai lalu.


Kedua-dua pertuduhan ini dilakukan tertuduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan ketiga pula, Mohd Azinee dituduh menyimpan harta curi membabitkan sebuah telefon bimbit jenama OPPO A5 bewarna putih milik mangsa rumah yang dipecah masuk.


Kesalahan itu dilakukannya di Jeti Nelayan Ayer Baloi, di sini, kira-kira pukul 4.30 petang, pada 3 Julai lalu.


Pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurezzati Zaini manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Terdahulu, Majistret Nur Azzuin membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan diarahkan melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga selesai kes.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.


Kosmo! pada 10 Julai lalu melaporkan, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib mengesahkan seorang bekas pemain bola sepak tanah air dua lagi rakannya direman tujuh hari selepas disyaki terlibat kes jenayah dalam kejadian di Benut, Pontian.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduiayai player mana  ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
X kenal. Next
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Simpati kalau bt kje ni atas desakan hidup. Dgn hg brg mhal skg ni. Ekonomi teruk. Semoga jd asbab jd insan yg baik lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazzz replied at 7-9-2024 09:45 PM
Iols stress neh..
Choi betul.lah..

lahhh nape chuols kena banhammer?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036296 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list