CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2531|Reply: 3

Bilal Terkilan 300 Kitab Terbakar, Rugi RM30,000, Kebakaran Disebabkan Litar Pintas

[Copy link]
Post time 30-7-2023 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Seorang bilal terkilan apabila bukan sahaja kerugian RM30,000, malah lebih 300 buah kitab berkaitan Islam turut musnah selepas rumah yang disewa sejak 16 tahun lalu terbakar dalam kejadian di Pondok Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh di sini kelmarin.


Kejadian pada pukul 10.20 malam itu berlaku ketika Wan Zainul Abidin Wan Ismail, 50, berada di rumah adiknya di Kampung Beris Lalang, Bachok me­ngakibatkan dia tidak dapat menyelamatkan barangan berharga miliknya.


Wan Zainul menunjukkan salah satu kitab miliknya yang hangus selepas rumah sewanya terbakar dalam kejadian di Pondok Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh kelmarin.





Katanya, kebanyakan kitab yang amat dia sayang itu melibatkan ilmu fekah, tasawuf dan usuluddin. Turut hangus ialah dua buah motosikal, barangan elektrik dan tabung yang me­ngandungi sejumlah wang.


“Saya bergegas pulang ke rumah selepas mendapat panggilan daripada jiran. Saya tinggal sehelai sepinggang kerana tak sempat nak menyelamatkan apa-apa ekoran api marak.


“Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas ke­rana sistem pendawaian sudah lama. Ketika ini, saya menum­pang di rumah adik sementara mencari rumah sewa lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Sementara itu, pemilik rumah, Norziati Mohamad, 52, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah selepas menunaikan solat isyak.


“Tiba-tiba saya dengar bunyi riuh dan apabila buka tingkap, saya terkejut melihat api sedang marak membakar empat rumah sewa saya. Dua penghuni sempat menyelamatkan sebahagian barangan dan dokumen penting,” katanya.


Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba Pasir Tumboh, Azman Mohd. Ghani berkata, lima jentera bersama 22 kekuatan dikejarkan ke tempat kejadian.


“Kita berjaya mengawal kebakaran hampir sejam bagi mengelak ke beberapa pondok yang bersebelahan,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlalu banyak kes pondok2 terbakar dan tak dapat diselamatkan. Sampai dah masanya aspek keselamatan pun diberi  penekanan. Dok pasang wayar sana, dok sambung wayar sini lama2 ada risikonya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..sayangnya kitab2 lama terbakar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 02:23 PM | Show all posts
moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.538281 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list