CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1843|Reply: 0

“Saya trauma!” -Wanita diserang lelaki psiko di LRT Maluri, ketuk2 tren bergerak guna kasut

  [Copy link]
Post time 29-7-2023 11:05 PM | Show all posts |Read mode
“Saya trauma!” -Wanita diserang lelaki psiko di LRT Maluri, ketuk2 tren bergerak guna kasut




Video seorang wanita yang diserang seorang lelaki dipercayai kurang siuman di LRT Maluri semalam telah tular di media sosial.

Dapat dilihat yang wanita terbabit dipeluk sehingga terjatuh sebelum orang ramai yang berada di lokasi kejadian tampil membantu menarik lelaki terbabit.

Gomol wanita tunggu LRT
Lelaki psiko itu seakan-akan enggan melepaskan wanita tersebut namun berjaya diselamatkan oleh mereka yang sama-sama memunggu LRT di kawasan berkenaan.




Ketuk2 kasut dekat tren bergerak




Tak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut turun ke landasan LRT dan mengetuk tren yang sedang bergerak menggunakan kasut sehingga mendatangkan kerisauan kepada orang ramai.


Susulan tularnya video wanita diserang di stesyen  LRT tersebut, ramai yang meninggalkan komen sehingga muncul satu ciapan dipercayai mangsa kejadian berkenaan meminta orang ramai berhenti untuk menyebarkan video yang melibatkannya.

Tolong padam, mangsa trauma
Dia akui cukup trauma kerana kejadian berlaku begitu cepat dan sangat menakutkan memandangkan lelaki itu masih lagi mengejarnya selepas dia berjaya melepaskan diri.

Mujur ada polis bantuan dan staf RapidKL yang membantu menyorokkannya daripada terus diekori lelaki terbabit.


Difahamkan, laporan polis sudahpun dibuat dan siasatan juga sedang dijalankan diatas insiden tersebut.

Jadi, dia memohon agar orang ramai berhenti menularkan video berkenaan kerana dia sudah cukup trauma dan tidak mahu melihatnya lagi.

Sumber: Twitter
https://ohmymedia.cc/saya-trauma ... bergerak-guna-kasut

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list