CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4284|Reply: 1

“Nasib baik kau buka bro…” – Lelaki Terkejut Jumpa Buhul Sihir Tepi Pantai Di Port Dickson

[Copy link]
Post time 29-7-2023 11:02 PM | Show all posts |Read mode
“Nasib baik kau buka bro…” – Lelaki Terkejut Jumpa Buhul Sihir Tepi Pantai Di Port Dickson



Selalunya, kita pergi bercuti untuk tenangkan fikiran, hilangkan stres dan sebagainya. Namun, berbeza pula dengan pengalaman unik seorang individu ini apabila dia dikatakan telah terjumpa beberapa ‘buhul sihir’ di tepi pantai.


Menurut postingnya di group Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, apa yang dilihatnya di Port Dickson bukan sahaja mengecewakan, ia juga membuktikan masih ada lagi orang yang mengamalkan ilmu hitam di kalangan kita.

“Saya berada di PD sekarang. Saya tak tahu kenapa tapi macam ada something yang “menarik” saya untuk turun ke laut, sedangkan hari tengah hujan dan kilat.”

“Kemudian saya terjumpa dua benda ni, tapi salah satunya saya dah buka. Jangan tanya kenapa saya buka sebab saya sendiri takde jawapan.”

“Apa patut saya buat? Lagi satu botol saya tak bukak pun. Saya hanya tinggalkan dekat pondok tu…,” katanya



Gambar yang dimuat naik fitri di facebook


Dalam gambar yang dimuat naik Fitri, ada beberapa botol berbalut plastik berwarna hitam serta gambar dan juga kertas bertulisan merah.

Menurut netizen dalam ruangan komen, besar kemungkinan ‘barang’ yang telah dijumpai individu tersebut adalah sihir!

Namun, tindakan lelaki tersebut yang membukanya dipuji kerana ia mungkin telah membebaskan mangsa daripada sihir.

“Hati hati bro.. takut yg buat tu ada dlm ni.. nanti kau plak dia test.. sebab tu aku kat fb ni aku tak letak nama betul.. org nak ckp apa ckp la.. dunia makin maju tak mustahil benda mcm ni pun dah maju.. apa pun percaya pada yg satu,” kata Qenji.

“Semoga dengan terjumpanya buhul sihir ini akan meleraikan segala ikatan dan pengaruh sihir pada mangsa tersebut. Ada hikmahnya.. terima kasih kepada bro yang jumpa ni.. sekurang kurangnya anda telah membantu meleraikan sihir ini. Semoga Allah membalas kebaikan mu,” kata Pusat Rawatan Islam Sandakan.

“Sebab tu bahayanya kalau kita selalu upload gambar kita dan family di fb . Senang-senang je orang nak guna-gunakan kita atau hantar sihir dekat kita. Betul tak?” Kata Qairul.

Sumber: Facebook
https://lobakmerah.com/nasib-bai ... ai-di-port-dickson/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 04:05 PM | Show all posts
manusia sebegini tiada akal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.443937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list