CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1789|Reply: 0

[Pahang] Jeti nelayan tumpuan Ops Hawk, banteras kes dadah

[Copy link]
Post time 29-7-2023 05:17 PM | Show all posts |Read mode

JETI nelayan antara lokasi tumpuan 'Ops Hawk' di sekitar Kuantan. FOTO Ihsan PDRM

Kuantan: Seramai 109 individu yang terbabit dalam kes dadah ditahan dalam 'Ops Hawk ' yang diadakan selama tiga hari di sekitar daerah ini yang berakhir semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mereka yang berusia antara 19 dan 58 tahun ditahan di sekitar daerah ini terutama di pesisir pantai dan jeti nelayan yang membabitkan 32 serbuan.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 13 individu ditahan kerana memiliki dadah manakala 96 individu pula positif dadah selepas ujian saringan dilakukan.

"Selain itu, seramai 20 penagih tegar atau penagih berulang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Hasil operasi itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menyita harta dengan nilai keseluruhan berjumlah RM123,000 sepanjang tiga hari operasi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi kali pertama itu diadakan bertujuan membanteras kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di kawasan berisiko tinggi dengan melakukan tindakan lebih agresif dan bersepadu bersama agensi penguatkuasaan.

Katanya, sebarang maklumat kegiatan atau aktiviti dadah boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Kontinjen Pahang di talian 09-5051999 dan juga hotline JSJNPahang di talian 09-5052287 amat menghubungi balai polis berhampiran,
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -banteras-kes-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059198 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list