CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1597|Reply: 3

Wanita Bangga Buat Kesalahan Jenayah

[Copy link]
Post time 29-7-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Gara-gara kenakalannya, seorang gadis dari Kentucky, Amerika Syarikat, tular di media sosial selepas 11 gambar syot wajahnya (mugshot) ketika ditahan polis kerana pelbagai kesalahan jenayah disebarkan di satu akaun Instagram (IG).


Rayanna Belle Brock, 23, pernah dicekup ketika mencuri, malah melakukan banyak lagi jenayah.


Nama Brock hangat diperkatakan di internet minggu lalu selepas imejnya dipaparkan dalam 'reels' di akaun IG berkenaan.






Identiti Brock mendapat perhatian selepas laman IG 'mugshawty' memuat naik imejnya.


Bekas penuntut Universiti Kentucky Timur itu, yang menggunakan nama 'thequeenofchaos23' di TikTok, mula terbabit jenayah curi ketika dia berumur 18 tahun.


Imej terbaharu Brock menunjukkan dia tersenyum lebar dalam 'jumpsuit' tahanan berwarna jingga pada 2020 selepas ditahan kerana ancaman ganas dan mengintai (stalking).


Dia ditangkap kerana mencuri kereta, merempuhnya, dan kemudian membawanya pulang ke asrama penginapannya.


"Ia adalah salah satu kegemaran saya," katanya di bahagian komen akaun IG itu.


Peminat Brock mahu tahu lebih daripada gambar itu, dengan sebahagiannya menuntut lebih banyak maklumat mengenainya.


Brock memberitahu peminatnya bahawa kedua ibu bapanya kini berada di dalam penjara.


Kesalahan lain gadis itu termasuk membahayakan pegawai polis secara tidak sengaja, mencuri senjata api dan terbabit dalam penyalahgunaan dadah.


Pada 2021, Brock didakwa mencuri senjata renjat (taser gun) dan topi dari kenderaan tentera di Virginia.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 04:37 PM | Show all posts
mek yanti pon bangga kulu kilir dlm porum cerita jenayah dan salah laku yg dia buat. delusi, halusinasi, menipu, mempitnah, mengumpat, gunting tudung classmate, stalk ex boipren pertama, tepek2 fetish korek2, nak melempor anak org ke dinding, nak langgar org kat traffic light, curi duit mak RM50, curi gambar jiran, lovescam, catfish jantan, berebut jantan dengan mak dan makcik sendiri, menuduh2 porumer sebagai hadi bawang, menuduh2 porumer multinick dan borak sesama sendiri, memaki hamun dan mengamok2 marah2 staff kkm dan polis pangkat prebet.


ehhh mcm lagi byk je salah laku mek yah dari budak brock ni




Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka lawa...tapi bipolar....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
macam2 laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 1.032446 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list