CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 5

Azmin Yakin Menang Dun Hulu Kelang

[Copy link]
Post time 29-7-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Calon dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin menang Dun Hulu Kelang dalam pilihan raya negeri (PRN).


Beliau yang menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Kelang (N18) itu yakin kemenangan miliknya apabila melihat gelombang ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan persekutuan akan mendorong mereka mengalihkan undi kepada Perikatan Nasional (PN) dalam enam pilihan raya negeri.


"Gelombang ketidakpuasan rakyat bukan sahaja di Gombak, tetapi juga di seluruh negara atas kecuaian dan kegagalan kerajaan untuk menangani masalah rakyat," katanya.




FB




"Rakyat sudah muak dan letih dengan kepimpinan sekarang di Putrajaya. Mereka langsung tidak memberikan fokus dan tumpuan kepada permasalahan ekonomi, kos sara hidup dan juga inflasi yang sedang melanda negara.


"Maka apabila mereka bandingkan dengan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara dilanda krisis pandemik, PN di bawah beliau telah berjaya menguruskan pandemik dengan berjaya yang bukan saja menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat tetapi juga telah menyuntik RM520 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi yang merupakan satu pakej rangsangan terbesar dalam sejarah kewangan negara.


"Ekoran tindakan pantas Pengerusi PN itu dalam mengurus pandemik dalammengurus pandemik ketika itu, Malaysia diiktiraf sebagai antara negara terbaik dalam menangani krisis terbabit.


"Jadi, pengalaman kita itu menjadi asas untuk rakyat melihat bahawa PN mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk mengurus dan mengangkat martabat ummah dan memakmurkan negeri Selangor dan negara ini," katanya kepada media selepas diumumkan sebagai calon sah yang bakal bertanding PRN bagi Dun Hulu Kelang di sini, hari ini.


Azmin akan menentang bekas 'anak didiknya,' Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan (PH) pada 12 Ogos ini.


Ditanya mengenai pencabarnya, Azmin berkata, dia tidak risau mengenai persaingan itu kerana ia lebih memudahkan pengundi untuk memilih sama ada 'A' atau 'B'.


"ersoalannya ialah rakyat ingin melihat kepimpinan apakah yang dibawa oleh wakil rakyat berkenaan, pesaing saya datang daripada PH, sudah tentulah mereka melihat PH tiada rekod kejayaan selepas lapanbulan diberikan tugas ini.


"Maka saya percaya rakyat di Hulu Kelang, Gombak dan Selangor akan melihat masa depan negeri ini di bawah PN kerana saya yakin berdasarkan pencapaian kami menangani banyak isu dalam keadaan sukar iaitu bukan saja ekonomi malah pandemik, Insya-Allah kami akan berjaya meneruskan kejayaan itu dalam situasi yang sukar kali ini (kos sara hidup dan inflasi meningkat)," katanya.


Sementara itu, menjawab kekalahannya di Parlimen Gombak pada pilihan raya lalu, beliau mengakui reda di atas kekalahan itu dan muhasabah dengan memperbaiki kelemahan yang ada.


"Mungkin saya ada kelemahan dan saya akan perbaikinya, namun kerjaya politik saya bermula di Dun Hulu Kelang ini dan saya diberikan mandat dalam politik ini seawal 1999 di Hulu Kelang dan ketika saya dipilih menjadi ahli parlimen Gombak, Hulu Kelang adalah dalam parlimen Gombak, jadi tidak timbul soal lari seperti yang didakwa oleh musuh politik saya.


"Malah, yang lari daripada 'political base' adalah orang seperti Permatang Pauh lari ke Port Dickson lari ke Tambun, tetapi Hulu Kelang,kampung saya di mana saya dibesarkan di Kampung Kelang Gate Baru sejak 1968.


"Ibu bapa saya antara yang pertama meneroka kampung terbabit dan rumah kami pertama dibina di kawasan itu dan saudara mara saya juga berada di Hulu Kelang dan saya percaya dengan rekod perkhidmatan saya yang ada di sini, pengundi Hulu Kelang akan berikan sokongan kepada PN," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya amik laaa menang laaa
Sebenarnya menjadi pembangkang lebih mudah drpd kerajaan
Masa azmin jd menteri dulu dia ni antara menteri paling dibenci.
Masa dia jaga MITI tu kalau ingat laaa yek so baiklaah duk dendiam tak jadi sesapa cth si DJ tu hah dulu beliau salah seorang menteri paling dibenci rakyat sbb suh org cucuk tang sana cucuk tang sini.
Skrg bila dh jd marhaen takde sapa nk kecam2 lg.
Sesapa jadi gomen pun semua akan nampak teruk.
Rakyat takkan penah berpuas hati percayalaaah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn pircaya ckp belukang. tak guna jd manusia bila tikam belakang kawan. tkde intergriti jd pemimpin..
semua dah lupa ke apa jemin & co buat.. apa muhyidin buat masa pkp. bukan kita tk bg peluang. jgn lah di ulang lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong pas senyap pula eh xde pun dok ckp azmin semburit ,peliwat.

Tggu azmin dah tak geng dgn pas la baru pas ckp mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yakinnya kamu hebatnya kamu awwww
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa nya kali ni pilihanraya rahmah..
tkde bendera pun tepi2 jln.
semua parti berjimat2

tambah2 kat selangor ni.. org tk kisah pun. hidup je aman2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 107233 Replies : 4384
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 36632 Replies : 134
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 75991 Replies : 4266
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 112890 Replies : 7609
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 49424 Replies : 429
Deepavali vs Halloween di pusat beli belah.Netizen terbelah dua
YgBenarDeepavali vs Halloween di pusat beli bel
Views : 29457 Replies : 24
If you don't want to live beside b40, no worries. B40 will come to you:Netizen terkesima Mat Rempit 'menjajah' kawasan perumahan Elmina
YgBenarIf you don't want to live beside b40
Views : 79093 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 106626 Replies : 1734
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 29800 Replies : 545
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 76220 Replies : 724

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.201512 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list