CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1466|Reply: 0

Pemandu F1 resah bahaya Grand Pix Belgium

[Copy link]
Post time 29-7-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode

(KIRI ke kanan) barisan pemandu F1, Valtteri Bottas, Sergio Perez, Lewis Hamilton, Esteban Occon dan Kevin Magnussen dalam sidang akhbar di Litar Spa-Francorchamps semalam menjelang GP Belgium. – AFP



LONDON: Sebahagian pemandu Formula Satu (F1) mengakui bimbang dengan keselamatan mereka menjelang Grand Prix (GP) Belgium esok.

Spa-Francorchamps dianggap salah satu litar ikonik dan terbaik dalam kalendar perlumbaan, digemari oleh pemandu serta peminat.

Begitupun beberapa tahun kebelakangan ini, kebimbangan mengenai tahap keselamatan semakin meningkat khususnya di selekoh Eau Rouge/Raidillon iaitu lokasi yang membabitkan dua kemalangan maut dalam tempoh empat tahun lalu.

Pada 2019, Anthoine Hubert terbunuh di lokasi itu dalam perlumbaan Formula 2 sehari sebelum GP F1, dan pada 1 Julai lalu, Dilano Vant Hoff yang berumur 18 tahun meninggal dunia selepas kemalangan dalam Kejuaraan Formula Eropah.

Terdapat juga insiden lain yang serius di selekoh curam dan laju itu, di mana kereta F1 boleh mencecah sehingga 190 kilometer sejam (km/sj).

Dengan ramalan hujan sepanjang hujung minggu ini, risiko kemalangan kian meningkat.


KEMALANGAN maut yang mengorbankan Anthoine Hubert di lokasi dalam perlumbaan Formula 2 pada 2019.

“Saya suka trek ini, dan berlumba di sini tapi pada masa sama saya tidak akan lupa apa yang saya rasai ketika menuruni tangga (paddock) selepas ibu bapa saya beritahu tentang berita itu (kemalangan),” kata pemandu Alpine, Pierre Gasly yang juga rakan baik Hubert.

Dua pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz menggesa perlumbaan dibatalkan sekiranya keadaan menjejaskan penglihatan dengan teruk.

“Kita harus mematuhi tahap keselamatan kerana ia adalah keutamaan. Jika perlumbaan tidak selamat untuk dijalankan, kita mesti mencari penyelesaian dengan Kereta Keselamatan.

“Jangan jatuh ke dalam tekanan hanya kerana mahu membuat persembahan.

“Jika kita tidak dapat melihat, dan tidak bernasib baik terlibat kemalangan … Saya bukan peminat situasi ini,” kata Sainz.


CHARLES LECLERC

Leclerc yang memenangi perlumbaan pertamanya sehari selepas kematian Hubert berkata, perlu beberapa perubahan di bahagian selekoh

“Dinding selepas jalan lurus, selepas Eau Rouge, kita sepatutnya mempunyai lebih ba­nyak ruang.

“Jika anda hilang kawalan anda melantun di dinding, ini adalah perubahan yang perlu dipertimbangkan,” kata Leclerc.

Dalam pada itu, Valtteri Bottas dari Alfa Romeo turut me­nyatakan bahawa pemandu sentiasa berdepan situasi teruk di litar berkenaan khususnya isu keselamatan. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -grand-pix-belgium/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076600 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list