CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1276|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki cemas bawa dadah langgar kereta polis

[Copy link]
Post time 29-7-2023 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Cemas akibat membawa dadah, seorang lelaki bertindak melanggar bahagian depan kereta peronda polis ketika cuba melarikan diri daripada ditahan penguat kuasa itu di Taman Wira Jaya, Lubuk Jong Pasir Mas hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sepasukan pegawai bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas terlihat sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru dalam keadaan mencurigakan dengan tingkap di bahagian pemandu terbuka.

"Menyedari kehadiran polis, lelaki terbabit bertindak mengundur kenderaan yang dinaikinya secara laju sebelum melanggar bahagian depan kereta polis, bagaimanapun polis berjaya menahan suspek yang terbabas di bahu jalan sebelum terlanggar tiang elektrik," katanya dalam kenyataan.

Muhamad Zaki berkata, pemeriksaan di dalam kenderaan yang dinaiki lelaki terbabit menjumpai satu bungkusan plastik lut sinar yang di dalamnya mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 1,790.45 gram dengan nilai rampasan kira-kira RM49,500.

Beliau berkata, lelaki berumur 21 tahun itu ditahan di depan sebuah rumah di Taman Wira Jaya pada 1.50 pagi dan semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan positif methamphetamine.

"Suspek direman tujuh hari bermula Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anggar-kereta-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052135 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list