View: 1934|Reply: 5
|
Restoran Paling Sukar Ditempah! Sanggup Ke Nak Tunggu 4 Tahun Baru Boleh Jamu Selera?
[Copy link]
|
|
Tidak ramai yang sanggup menunggu hatta satu jam untuk mendapatkan tempat duduk di kedai makan.
Pasti hampir semua tidak sanggup menunggu empat tahun untuk membuat tempahan meja di sebuah restoran!
India.com
Macam mustahil, tapi restoran tersebut wujud. Pub yang dikenali sebagai The Bank Tavern di Bristol, mendapat gelaran 'restoran paling sukar ditempah dalam dunia', menurut penyelidikan yang disusun penyedia pembayaran perniagaan, Dojo.
Difahamkan, senarai menunggu tempahan meja di restoran berkenaan adalah empat tahun, terutama jika pelanggan ingin menempah meja untuk makan tengah hari pada hujung minggu.
Antara menu yang disediakan adalah paha kambing panggang, steak dan sebagainya.
The Times
Di laman web restoran tersebut, pelanggan diberi amaran bahawa tempahan untuk makan malam pada hujung minggu telah ditutup 'untuk masa hadapan'.
Sebaliknya, pelanggan dinasihatkan untuk mencuba nasib dengan 'walk-in' pada waktu selain waktu puncak.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadah acik2 melayu nak gi sampai bristol kat engerlen semata nak masuk pub pastu kena beratur 4 jam pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 29-7-2023 11:51 AM
Kejadah acik2 melayu nak gi sampai bristol kat engerlen semata nak masuk pub pastu kena beratur 4 ja ...
Bkn ka beratur 4 tahun?
Kalau ada org kiok, bleh standby ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 29-7-2023 12:04 PM
Bkn ka beratur 4 tahun?
Kalau ada org kiok, bleh standby ka?
La iols salah baca mati2 ingat jam rupanya tahun waitlist. Kimsalam jele. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 29-7-2023 12:05 PM
La iols salah baca mati2 ingat jam rupanya tahun waitlist. Kimsalam jele.
Tak koserr la nak mkn situ.. sekadar pub..
Baik dok mesia, mcm2 bleh mkn, walopon rega sumer dah naik now.. |
|
|
|
|
|
|
|
kumpul2 duit bantuan mek yah pun tak mampu punya restoran ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|