CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1032|Reply: 0

Bayern Munich serius buru Kane

[Copy link]
Post time 29-7-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

HARRY Kane diburu beberapa kelab Eropah.

Kelab gergasi di Bundesliga, Bayern Munich akan meneruskan perbincangan mengikat ketua pasukan England, Harry Kane dan bakal mengadakan pertemuan dengan wakil Tottenham Hotspur dalam masa terdekat.

Keinginan tinggi Bayern itu tidak pernah pudar meskipun terdapat khabar angin yang menyatakan kemungkinan Kane akan terus kekal dengan menandatangani lanjutan kontrak bersama Hotspur.

Terdahulu, kelab di utara England itu dikatakan menolak sebarang tawaran 100juta pound (RM585 juta) untuk mendapatkan penjaring terbanyak kelab itu.

Begitupun, jika rundingan antara Kane dan Hotspur, kemungkinan kelab itu akan berdepan kerugian menjelang jendela perpindahan Januari depan kerana pemain itu bakal menjadi ejen bebas pada waktu itu.

Lantas, perbincangan bagi melanjutkan kontrak atau menjualnya kepada Bayern dilihat opsyen terbaik bagi kebaikan kedua-dua pihak.

Pengurus pasukan Bayern, Thomas Tuchel berkata, kelab terbabit sememangnya sedang memburu penyerang baharu bagi memperkuatkan pasukan menjelang musim baharu tidak lama lagi.

"Ia bukan rahsia lagi di mana kami sedang mencari pemain berjersi nombor 9 bagi memperkukuhkan pasukan kami.

"Bagaimanapun kami sedar ia tidak mudah dan kami perlu mempertingkatkan prestasi pasukan terutama di bahagian depan selepas kami mensia-siakan begitu banyak peluang dalam beberapa aksi pramusim ketika ini," katanya yang juag bekas pengurus Chelsea sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ch-serius-buru-kane
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.115965 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list