CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 11

Jangan Terlampau Over Sampai Sentuh 3R- TikTok, Meta Kerjasama Bantu Pantau Kempen

[Copy link]
Post time 29-7-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode
GOMBAK: Kerajaan Perpaduan Bekerjasama dengan TikTok dan Meta bagi membantu memastikan undang-undang negara dihormati dan tiada pelanggaran sepanjang tempoh berkempen enam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menjangkakan platform media sosial menjadi lebih rancak terutama menjelang hari pengundian pada 12 Ogos ini.


Justeru, katanya, pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dirancakkan sepanjang tempoh berkempen PRN.


Foto: Utusan




“Tempoh hari saya mengadakan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara untuk melihat apa yang perlu dilakukan bagi memantapkan pasukan pemantauan terutama isu 3R (isu agama, raja dan kaum) dan beberapa perkara telah dipersetujui dan dilaksanakan pada kadar segera.


“Kalau kita ambil pengajaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), jumlah kandungan dimuat naik sangat besar jumlahnya dan mungkin agak sukar untuk dipantau satu jumlah yang kecil.


“Tapi pada masa sama kita telah mendapat kerjasama platform seperti TikTok dan Meta, mereka sedia membantu memastikan undang-undang negara kita dihormati dan tiada pelanggaran sepanjang tempoh berkempen,” katanya kepada pemberita di SMK Sungai Pusu di sini.


Beliau berkata demikian selepas hadir bagi memberi sokongan kepada calon parti kerajaan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.


Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau percaya garis panduan komuniti yang ada pada setiap platform media sosial akan secara automatik diaktifkan apabila berlaku pelanggaran atau aduan dibuat oleh orang ramai.


Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang memantau atau mengikuti tempoh berkempen ini membuat laporan di platform terbabit sekiranya mereka mendapati apa yang disebut  secara dalam talian itu melanggar undang-undang atau menimbul kegusaran.


Malah, katanya, mereka boleh membuat laporan polis untuk tindakan lanjut sekiranya perlu.


“Saya dapat aduan orang menuduh saya menutup akaun mereka tapi sebenarnya saya tiada kaitan, dilakukan contoh  TikTok itu sendiri atau Facebook.


“(Malah), akaun TikTok Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh telah digantung selama 10 tahun, bukan oleh saya tapi TikTok itu sendiri.


“Jadi bila Datuk Seri Mohammad Sanusi Md. Nor (Menteri Besar Kedah) menuduh kerajaan telah menutup akaun TikTok, bukan, Tik Tok sendiri lakukan,” jelasnya.


Sementara itu Fahmi menjelaskan, media bebas menggunakan platform masing-masing sepanjang tempoh berkempen selain mengadakan debat yang memang digalakkan.


Namun, katanya, tahap debat itu perlu supaya ia bukan hanya platform untuk melempar tomahan atau ejek mengejek.


“Bagi saya sebagai sebuah negara mengamalkan demokrasi, kita mesti mempraktikkan politik matang termasuk dengan amalan debat.


“Saya percaya banyak platform sedia untuk mengadakannya, terpulang kepada calon sama ada mereka sedia untuk debat atau tidak,” katanya.


Dalam masa sama beliau mengingatkan calon dan penyokong untuk berkempen secara sihat dan mengelakkan fitnah serta elak menggunakan elemen 3R untuk berkempen.


“Kita tahu kita sedar kita ada hak berpolitik dan ini adalah demokrasi, tapi pada masa sama kita ada undang-undang-undang dan adab tatasusila,” katanya.  –CARI

Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Telegram kan ada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 05:18 PM | Show all posts
dia ni kalau jumpa depan mau curah ayaq kencing & taik.
rakyat bayaq gaji bukan utk keja dgn anwar & pakatan lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
1975 hina undang2 negara ko ada amik tindakan ke? Klau kt Thailand dh kena sumbat jel diorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 29-7-2023 06:02 PM
1975 hina undang2 negara ko ada amik tindakan ke? Klau kt Thailand dh kena sumbat jel diorg tu

Muntri badut ni ckp berbelit.  memula ckp bkerjasama dgn tiktok , pastu tak mengaku plak tutup akaun tiktok milik pembangkang . So annoying!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Meta ni amender?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
di sebabkan semua yg bertanding ni. parti.dah pernah jd kerajaan. jd pembangkang..
cuba masa kempen, cerita pencapaian yg dah dibuat. jgn cerita psl janji yg nak dibuat..
mcm kat tempat aku calon PN tu PAS tp hrp pacak khemah bilik gerakan dah seminggu dah. tp kosong je. mmg tkde peruntukan kot. semua org berjimat cermat sebab masa PRU ari tu calon bersatu kat sini.. bubuh je la bendera merah tu kan. dah sekutu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 07:00 PM | Show all posts
Innrukia replied at 29-7-2023 05:18 PM
dia ni kalau jumpa depan mau curah ayaq kencing & taik.
rakyat bayaq gaji bukan utk keja dgn anwar & ...

dia menteri rakyat bukan menteri pakatan haprak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 07:00 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 29-7-2023 06:10 PM
Muntri badut ni ckp berbelit.  memula ckp bkerjasama dgn tiktok , pastu tak mengaku plak tutup aka ...

mesin basuh kuat spin. telegram pun dia nak pantau. hari tu kan telegram nak kena ban.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 07:01 PM | Show all posts

facebook. dh tukar nama meta

cariforum tak tukar nama? carifriska
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-7-2023 07:01 PM
facebook. dh tukar nama meta

cariforum tak tukar nama? carifriska

Oh lamanya tak masuk pesbuk...

Friska bkn bos porem cari..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 29-7-2023 06:10 PM
Muntri badut ni ckp berbelit.  memula ckp bkerjasama dgn tiktok , pastu tak mengaku plak tutup aka ...

Muntri cpt koyak......dkt rkyt pesan tak pasti jgn kongsi, tang dia laju plk mintak sprm siasat banglo nusi walhal dia pun x pasti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.187511 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list