View: 1748|Reply: 3
|
Altimet Berdepan Sharifah Haslizah Di Lembah Jaya
[Copy link]
|
|
Ampang: Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini menyaksikan pertembungan dua penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N20 Lembah Jaya.
Pegawai Pengurus PRN Dun N20 Lembah Jaya Zafrul Fazry Mohd Fauzi mengisytiharkan keputusan penamaan dua calon yang sah bertanding di kerusi berkenaan, pada 10.25 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Dato' Ahmad Razali di sini, hari ini.
 Foto: Harian Metro
Tumpuan pastinya terarah pada calon Pakatan Harapan (PH) iaitu rapper terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.
Altimet, 45, membuat kejutan apabila diumumkan bertanding kerusi itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Altimet akan berdepan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Ketua Penerangan Pas Ampang.
Sementara itu, di lokasi sama, Pegawai Pengurus PRN N19 Bukit Antarabangsa, Dr Ani Ahmad mengumumkan tiga calon bertanding di kerusi itu.
Mereka ialah Melanie Ting dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Sasha Lyna Abdul Latif (PN) dan calon PH, Mohd Kamri Kamaruddin. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak pakai nama altimet tu org kenai ke dak?
Iols bkn peminat, sbb tu nak tau..
Sampai la ni iols pun tatau nama penuh awie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lembah Jaya dah mcm kat erebbb pulak ya
Dua dua calonnya keturunan "ahlul bait"
Ada bau2 bacang ke kedua mereka itu? |
|
|
|
|
|
|
|
so dia nak kena nyanyi lagu tema dia masa kempen ka camna??hoi ya hoi ka hapa tajuk lagu tema dia ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Iols blk kg ni bleh plak org sini kata PRN ni nnt tukar gomen
Pastu iols malas nk berdebat biarkan jelaaa, rupanya ramai taktau PRN tu babitkan negeri je kat fb pun sama ada je yg komen gitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|