CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5554|Reply: 2

2,421 Kes Demam Denggi Dilapor

[Copy link]
Post time 28-7-2023 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Sebanyak 2,421 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 28 iaitu dari 9 Julai hingga 15 Julai, menurun sebanyak 67 kes atau 2.7 peratus berbanding 2,488 kes pada minggu sebelumnya.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi juga direkodkan pada ME 28.






Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 63,966 kes berbanding 27,914 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 36,052 kes atau 129.2 peratus.


"Sejumlah 45 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan sehingga kini berbanding 19 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata lokaliti hotspot pada minggu ini dan minggu sebelumnya adalah sama iaitu 112 lokaliti dengan 76 lokaliti berada di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (21), Kedah (enam), Pulau Pinang (tiga), Perlis (dua), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Melaka.


Dr Muhammad Radzi berkata survelan chikungunya merekodkan tiga kes pada ME 28 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya ialah 142 kes, manakala bagi survelan zika, sebanyak 1,638 sampel darah dan 100 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan kesemuanya adalah negatif.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
i pernah kena di thn 2016 ..skt satu bdn..pastu tgn i lembap kebiru biruan sbb asyik kena amek darah je..10 hari i terlantar..so serikk
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 12:02 AM | Show all posts
Mek yah pun pernah kena H1N1 dulu jadi mek yah banyak pengalaman melawan covid haritu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050742 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list