PERMAISURI CINTA
Singgahsana itu merekah
dibedil tajam nafsu.
Aku sang permaisuri lesu
tersungkur disinggahsana itu
renyuk dalampelukan dosa.
Aku kalah,
ditawan gerombolan cintaberilusi
diikat lilitan dosa
amat menyesakkan iman.
Kini aku sang permaisuritewas
gelisah umpama banduan
mengerah sisa imantertinggal
menghimpun saki-bakiwaras akal.
Bersama kesedaranmenggelumpur itu
kurungkai belitanmenjerut nafsu
bersama hencot tempanglariku
menuju jalan pulang.
Aku sang permaisuriterlepas
membina kembalisinggahsana terburai itu
menghimpun semulabata-bata cinta
menegak sebuah tembokkasih ampuh
bersama seberkaskeinsafan tulus.
Kuputihkan semula lautandosa
kuludah segala kahaknoda
kubelah sekeping legamhati
dan kubilas samasecangkir taubat.
.
Aku sang permaisuri
berdaya memuncaksinggahsana iman
mengabdikan cintakepada-Mu Tuhan.
|