View: 2761|Reply: 4
|
Penganjur Good Vibes Festival Dituduh Lembab - 'Kami Minta Tour Manager The 1975 Hentikan Persembahan, Tapi...'
[Copy link]
|
|
“Keputusan untuk menghentikan persembahan secara total, ia bukanlah satu hal yang mudah. Kami tidak buat keputusan secara sembarangan… banyak perkara perlu diteliti sebab artis dan peminat akan terlibat."
Kedegilan pengurus jelajah (tour manager) kumpulan kontroversi The 1975 memaksa penganjur Good Vibes Festival menggunakan bantuan pihak berkuasa untuk tindakan susulan.
 Reuters
Perkara itu dijelaskan Pengarah Hiburan Future Sound Asia selaku penganjur acara berkenaan, Wan Alman Ariffin yang menyangkal dakwaan pihaknya mengambil masa lama untuk menghentikan persembahan band The 1975 di acara berkenaan lebih awal.
“Jadi, apabila insiden berkenaan (vokalis The 1975 bercium dengan gitaris) berlaku, kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, namun, dia seperti keberatan untuk berbuat demikian.
“Apabila mereka tidak mahu berhenti, kami terus meminta bantuan pihak berkuasa. Kami mengambil masa beberapa minit untuk menghentikan persembahan berkenaan,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di ibu kota semalam.
Dalam pada itu, proses bayaran balik bagi penonton yang terkesan bakal diumum kelak, memandangkan pihak penganjur masih lagi meneliti cara yang sesuai.
Pada 21 Julai lalu, kerajaan Malaysia menghentikan festival muzik di Sepang dan menyekat kumpulan muzik The 1975 daripada melakukan persembahan kerana ‘tindakan tidak senonoh’ mereka.
 Gempak
Insiden pada malam tersebut telah mencetuskan kekecohan yang bukan saja menimbulkan kemarahan kerajaan, tetapi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkata, tindakan vokalis Matty Healy dan pemain bass Ross MacDonald boleh mendedahkan mereka kepada diskriminasi.
Susulan daripada itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok muka si Healy tu pun tampak bersinar2 vibe douchebag ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap lah apa pun, memang salah korang. Take the blame dude. Memang tu risk korang ambik bila appeal nak depa. Pin point sana sini apa yang cuba dibuktikan. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy: Tengok muka si Healy tu pun tampak bersinar2 vibe douchebag ya.
kan.. kalau dlm citer ni watak ahole yg tak tentu pasal tak penting dan mati cepat.
|
|
|
|
|
|
|
|
patut time dia maki2 gomen sambil pegang botol arak tu korang dah boleh stop kan dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|