CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 1

Citaglobal, Masdar Abu Dhabi cadang bangun ladang PV Solar 2GW di Pahang

[Copy link]
Post time 28-7-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Citaglobal, Masdar Abu Dhabi cadang bangun ladang PV Solar 2GW di Pahang


Kiri Depan: Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Berhad Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pembangunan dan Pelaburan Masdar Abdulla Zayed menandatangani MoU pembangunan bersama, disaksikan oleh (Kiri Belakang) Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Duta Besar UAE ke Malaysia, Al-Muhammad Khalid.



KUALA LUMPUR: Citaglobal Bhd dan anak syarikatnya dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar), syarikat tenaga bersih UAE yang terkemuka, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk pembangunan pelbagai projek tenaga boleh baharu (TBB) membabitkan teknologi solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), angin, dan lain-lain jenis TBB.

MoU ini ditandatangani di Malaysia oleh Abdulla Zayed, Ketua Pembangunan dan Pelaburan Masdar, dan Tan Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal.

Citaglobal dan Masdar akan bergabung tenaga untuk membangunkan projek-projek TBB di negeri Pahang, Malaysia.

Projek itu termasuk kajian berkaitan teknologi solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), angin, dan teknologi TBB. Kerajaan Malaysia mengumumkan komitmen pelepasan karbon sifar bersih atau 'net-zero emissions,' seawal-awalnya tahun 2050.

Upacara pemeteraian MoU itu disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, dan Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammed Alghaith.

Masdar adalah syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi. Ia dimiliki oleh Mubadala Investment Company, Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) Group & Abu Dhabi National Energy Company (TAQA).

Bersama-sama, mereka mempunyai mandat untuk menjana manfaat ekonomi untuk Abu Dhabi, melalui pembangunan yang berkaitan dengan TBB dan hidrogen hijau, dengan kerjasama syarikat pelaburan tempatan dan antarabangsa. Masdar aktif di lebih 40 negara di enam benua, dengan komitmen untuk membuat pelaburan bernilah lebih AS$30bil, menjana kapasiti tenaga lebih daripada 20 gigawatt (GW), dan mampu mengimbangi 30 juta tan pelepasan CO2 setiap tahun.

Anak syarikat milik penuh Citaglobal yang terbabit dalam perjanjian ini termasuk Citaglobal Energy Sdn Bhd, Citaglobal Powergen Sdn Bhd dan syarikat usaha samanya, Citaglobal Genetec BESS Sdn Bhd (CG BESS). Citaglobal Genetec BESS merupakan syarikat usaha sama yang dimiliki oleh Citaglobal Bhd (50%) dan Genetec Technology Bhd (50%).

"Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Masdar, peneraju global TBB dan hidrogen hijau untuk projek-projek TBB. Masdar telah menerajui, secara komersial, projek-projek tersohor dalam tenaga bersih, pembangunan hartanah lestari, dan teknologi bersih di UAE dan di seluruh dunia.

"Dengan bekerjasama dengan sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri ini, kami akan mencapai kemajuan yang lebih pantas ke arah sasaran iklim kami, selain menjana keperluan tenaga kami dengan cara yang bertanggungjawab dan kosefisien," kata Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan bersama.

"Masdar teruja untuk bekerjasama dengan Citaglobal Bhd dan mengembangkan kehadiran kami di Asia Tenggara. Kami akan menerajui projek-projek yang boleh mengurangkan pelepasan karbon di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara. Memandangkan UAE akan menganjurkan sidang kemuncak iklim PBB, COP28, pada akhir tahun ini, Masdar berbangga dapat bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memajukan tenaga bersih di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi.

"Asia Tenggara merupakan destinasi pelaburan penting bagi Masdar. Masdar telah membangunkan fasiliti solar terapung terbesar di rantau ini di Indonesia - projek solar terapung Cirata berkuasa 145MW - yang akan menghasilkan cukup tenaga elektrik untuk 50,000 buah rumah. Pada Februari 2023, Masdar telah memasuki sektor tenaga geotermal melalui pelaburan strategik dalam Pertamina Geothermal Energy, Indonesia," tambah Mohamed Jameel.

Tujuan MOU itu adalah untuk menyatakan secara rasmi hasrat pihak-pihak untuk membincangkan lebih lanjut bidang potensi kerjasama yang terdiri daripada projek TBB berhubung dengan fotovoltaik solar (PV), sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), hidro, angin, sisa kepada tenaga, haba kepada tenaga dan penangkapan & penggunaan karbon.

Secara khusus, pelaksanaan MOU ini akan membolehkan Kumpulan Citaglobal menambah baik dan mengukuhkan pembangunan projek Ladang Solar 2GW (di darat dan terapung) di negeri Pahang, untuk kater kepada keperluan TBB tempatan dan luar negara. Citaglobal dan Masdar juga akan membincangkan lebih lanjut mengenai penggunaan MYBESS oleh syarikat CG BESS, di fasiliti Masdar seluruh dunia.

MOU ini berkuat kuasa serta-merta dari tarikh pelaksanaan MOU dan akan kekal untuk tempoh dua tahun selepas itu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... ang-pv-solar-2gw-di

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 08:11 PM | Show all posts
Post dari Ibu Raline sangat bermanfaat dan bernilai edukasi wawasan terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060285 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list