CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

Sinead O’Connor, penyanyi Nothing Compares 2 U meninggal dunia

[Copy link]
Post time 27-7-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Sinead O’Connor, penyanyi Nothing Compares 2 U meninggal dunia



O’Connor memeluk agama Islam pada 2018 dan menukar namanya kepada Shuhada' Sadaqat. – Washington Post


DUBLIN, IRELAND – Penyanyi dari Ireland, Sinead O’Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun dengan punca kematian yang tidak didedahkan kepada umum, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Selepas memeluk agama Islam pada 2018, Allahyarhamah menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat, namun terus menggunakan nama asalnya ketika membuat persembahan.

Keluarganya mengumumkan khabar duka itu dan berkata, seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarhamah berasa sedih.

O’Connor dikenali ramai dengan lagu popularnya bertajuk Nothing Compares 2 U, yang dikeluarkan pada 1990.

Ia menjadi juara carta Billboard Hot 100 pada tahun tersebut, sekali gus membawa populariti kepada penyanyi itu di seluruh dunia.

Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar berkata, muzik yang dibawakan O’Connor digemari di seluruh dunia dan bakat yang dimiliki Allahyarhamah tidak dapat ditandingi. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -u-meninggal-dunia/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.550492 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list