View: 1117|Reply: 17
|
[Tempatan]
'Agak menakutkan pegawai awam gred 54 banyak terbabit rasuah'
[Copy link]
|
|
'Agak menakutkan pegawai awam gred 54 banyak terbabit rasuah'
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembabitan pegawai awam gred 54 ke atas dalam gejala rasuah menjadi trend yang amat membimbangkan, berbanding 10 tahun lalu yang memperlihatkan satu penanda aras tidak sihat membabitkan kes berprofil tinggi.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pembabitan pegawai kerajaan gred 54 ke atas menunjukkan peningkatan sejak 2018 seolah-olah menjadi perkara biasa.
"Sekarang ini ia jadi seperti satu kebiasaan pula dan ini agak menakutkan apabila penerima rasuah itu membabitkan pegawai awam gred 54 ke atas.
"Selain itu, kes profil tinggi ini turut membabitkan ahli politik, pemimpin negara, peguam dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Tamu Kito di platform media sosial Facebook NEGERIfm Official hari ini.
Azam berkata, menyiasat kes berprofil tinggi agak sulit dan kompleks berbanding kes lain kerana untuk membuktikan unsur rasuah itu perlu teliti.
"Sebagai contoh pegawai kerajaan Jusa C yang mengambil rasuah RM200,000, SPRM perlu menyiasat kerana bukan dia seorang saja menerimanya, kerana ada banyak lapisan dan tugas kita hendak mengesahkan wang itu sampai kepadanya.
"Kita kena siasat satu-satu, tambahan jika menggunakan proksi kerana kadang-kadang proksi itu tidak wujud malah apabila dapat wang itu mereka lakukan penggubahan wang haram.
"Namun kita tetap akan cari balik wang yang dicuci itu sehingga mereka bankrap semula," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... yak-terbabit-rasuah
|
|
|
|
|
|
|
|
Aper daaa, engkau gi korek account kp2 dari zmn madey lagi seremmmmm....ratus2 juta der |
|
|
|
|
|
|
|
arnauld replied at 27-7-2023 06:44 PM
Aper daaa, engkau gi korek account kp2 dari zmn madey lagi seremmmmm....ratus2 juta der
Spt mana sprm mintak hari tu...tolong bagi bukti. Mu ada bukti ka? Tolonglah bagi |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa mata Azam Baki dlm gambar atas tu merah menyala mcm tu...takut tengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saja je sprm nak burukkan penjawat awam ???? |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak letak sprm bawah parlimen? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bersalah ke tak? Dlu geng PH gak bsing nk tgkap mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kes pemilikan saham azam balance ni tiba2 PH buat senyap pulak ye.... Hipokrit betul |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 27-7-2023 06:55 PM
Spt mana sprm mintak hari tu...tolong bagi bukti. Mu ada bukti ka? Tolonglah bagi
Sometimes dia org terlepas bragging... |
|
|
|
|
|
|
|
Ala yg bg statement tu pun ada dgr hearsay jgk. Kalo x de angin x kan pokok bergoyang. |
|
|
|
|
|
|
|
ala korang kt sprm pun 2x5 jer....
tak respek aku ngn sprm ni, patut basmi rasuah ini dorang pun sendiri berlambak kes |
|
|
|
|
|
|
|
besi_kelabu replied at 27-7-2023 07:09 PM
Kenapa mata Azam Baki dlm gambar atas tu merah menyala mcm tu...takut tengok..
Kau ada tonton kdrama Revenant tak? Yg cerita rasuk rasuk tu. |
|
|
|
|
|
|
|
seram tapi menyedihkan citer ni. semua yg jadi kesayangan menjadi korban..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kalau cerita pasal rasuah mesti focus kat penerima? Pemberi apa cerita??? |
|
|
|
|
|
|
|
oooooooooooooooo jerung2 atas nun kau xnak tgk.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|