CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Kelantan] Lapan premis makanan kotor di Bachok diarah tutup

[Copy link]
Post time 27-7-2023 10:04 AM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI JKNK menjalankan pemeriksaan ke atas peti penyimpanan makanan di salah sebuah premis di Bachok, Kelantan semalam.



BACHOK: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan sebanyak lapan buah premis makanan yang  kotor diarah tutup selepas tidak mencapai tahap kebersihan sebagaimana ditetapkan.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Husin berkata, kesemua premis itu diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 menerusi Op Bersepadu Premis Bersih di sekitar bandar ini, Jalan Melawi-Kandis, Jalan Bachok-Budi dan Jalan Bachok-Beris Kubur Besar.

Menurutnya, sepanjang operasi itu sebanyak 52 buah premis makanan telah diperiksa dan pada masa sama 108 notis kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan di atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Tidak mematuhi kehendak berhubung dengan pakaian pengendali makanan merekodkan jumlah kesalahan paling tinggi iaitu 88 kes diikuti tidak mematuhi kehendak berhubung dengan amalan pengendali makanan (memakai aksesori) 12 kes dan lain-lain kesalahan.

“Adalah menjadi tanggungjawab pemilik dan pengendali  makanan untuk memastikan premis mereka bersih pada setiap masa,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis mereka.

Katanya, bagaimanapun, jika pemilik premis masih tidak mematuhi arahan tindakan pembetulan pada lawatan ke berikutnya penutupan premis akan di buat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... achok-diarah-tutup/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057039 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list