CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

Sekolah boleh anjur hari sukan di SNBJ secara percuma - Hannah

[Copy link]
Post time 26-7-2023 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Sekolah boleh anjur hari sukan di SNBJ secara percuma - Hannah


Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika meninjau proses persiapan gantian rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Hadir sama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Hans Isaac (kanan). - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sebelum ini menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya dan venue bagi penganjuran konsert, bakal menjadi 'padang baharu' buat pelajar sekolah bermula Oktober ini.

Bersempena ulang tahun ke-25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi tawaran istimewa kepada semua sekolah menggunakan SNBJ secara percuma bagi tempoh dua tahun khusus untuk penganjuran hari sukan.

Katanya pelaksanaan konsep merakyatkan sukan melalui penggunaan fasiliti sukan di bawah PSM dipersetujui dalam mesyuarat perbadanan itu pada 17 Julai lepas dan kegunaan secara percuma untuk sambutan hari sukan sekolah itu tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan.

"Ini selaras dengan pengumuman sebelum ini bahawa kita nak fokus olahraga sebagai satu sukan pembangunan akar umbi di peringkat sekolah. Saya mahu murid rasai pengalaman berlari 100 meter di SNBJ kerana ia mungkin beri inspirasi kepada mereka untuk menjadi atlet," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media malam penghargaan dan sambutan ulang tahun ke-25 KLSC di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi PSM Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi.

Hannah berkata selain SNBJ, PSM turut memberi tawaran penggunaan secara percuma dua venue lain iaitu Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara kepada pihak sekolah.

"Sebelum ini, pihak sekoleh perlu bayar (kos sewa) dengan kadar diskaun jika mahu gunakan stadium, jadi selepas ini mereka dijemput membuat tempahan dengan PSM yang dijangka dibuka bermula bulan depan," katanya.

Beliau berkata syarikat pengeluar makanan berkhasiat juga boleh mengiklankan produk mereka sekiranya terdapat hari sukan sekolah di tiga venue berkenaan.

"Mereka boleh bincang dengan PSM mengenai kadar untuk pengiklanan, sekurang-kurangnya boleh tampung kos (tawaran percuma penggunaan venue)," katanya.

Sementara itu, Hannah berkata PSM selaku badan yang menguruskan KLSC atau sebelum ini dikenali Kompleks Sukan Negara, membuktikan peranannya sebagai badan pengelola stadium yang efisyen termasuk kejayaan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel 1998, Sukan SEA 2001 dan Sukan SEA 2017.

Menurutnya KLSC yang diuruskan PSM diharap dapat terus memantapkan aspek tadbir urus dan pengurusan stadium dalam menjadikannya venue pilihan utama penganjur acara dalam dan luar negara. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... cara-percuma-hannah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.313146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list