CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1046|Reply: 8

Azri Iskandar Tak Culas Jalan Tanggungjawab, Bakal Berganding Dengan Ellie Suriaty Dalam Tanah Kubur

[Copy link]
Post time 25-7-2023 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan hubungan bekas suaminya, Azri Iskandar dan anak-anak dalam keadaan baik malah aktor itu tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.


Kata aktres itu lagi, dia juga sering menasihati anak-anaknya agar sentiasa menjaga silaturahim dengan Azri selain menghubungi atau bertemu dengannya.






"Anak-anak pun rapat dengan bapa mereka, saya tak pernah pisahkan mereka dengan Azri.


"Saya selalu ingatkan anak-anak menelefon bapa mereka setiap hari. Alhamdulillah dia pun tak pernah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa," katanya.


Setahun selepas bercerai, Elly dan Azri kembali bertemu ketika menghadiri pelancaran Tiga Drama Hebat yang diadakan di ibu negara pada petang Selasa.


Ellie tidak mempunyai sebarang masalah bertemu Azri malah tiada dendam dalam dirinya meskipun mereka sudah tiada ikatan sebagai suami isteri.


Tidak hanya itu, Ellie dan Azri bergandingan sebagai pelakon undangan dalam drama bersiri terbaharu Tanah Kubur yang bakal bersiaran di Astro Ria pada 11 Ogos ini.


Kata Ellie, dia tidak mempunyai sebarang masalah bergandingan dalam drama atau filem bersama bekas suaminya itu namun bukan dalam satu babak yang sama.


"Kami sudah hidup bersama selama 19 tahun... takkanlah nak buat-buat tak nampak kalau bertemu di majlis melibatkan kami berdua.
Saya tak pernah bermusuh dengan Azri malah penceraian kami sebelum ini pun secara baik.


"Apabila berada dalam majlis seperti ini, sudah pasti saya mahu meraikan penganjur dan menghormati jemputan dibuat, kena profesional.


"Saya profesional untuk berlakon dalam drama atau filem bersama tetapi janganlah dalam satu babak yang sama. Tetapi kalau sudah berada dalam satu set penggambaran apa boleh buat... Cuma harapnya tidaklah digandingkan dalam babak sama," jelasnya.


Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.


Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun.


Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak masuk bulan ogos dah acik jeri. Bila kendurinya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 10:08 PM | Show all posts
jeri dah bangkit dari psychosis bipolar kah?

baru sedar yang bandi amuk merupakan isteri yang baik... tu yang gigih nak ganding balik... tu pun untuk kutip duit jah nak saving2 supaya boleh kahwin dengan si azra di alam buniah dan madukan bandi amuk...

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bila nk mkn ns knduri achil jeri ni??
achik2 forum dan ready bj labuci liliplap nk p mkn knduri..abam2sado porum pun dh renew roadtax nk pi perghlihh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak cerai ni nmpk tenang betul ellie ni . Respect iols. Dlu mcm2 org mengata dia termasuk iols. Ingat dia yg buat jeri stress, rupanya sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
So bila nak kawin ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2023 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pokcik Jeri Kandor bizi nak cari duit ya? Yelah, nk lamar Sis Dr Jera yg ada PhD dlm music, and penah jadi Musical Director utk Strawberry Jam. Ehhhh, Pearl Jam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 09:35 AM | Show all posts
Pacik Jeri makin kecut makin serabai makin kepam lepas 'couple' dengan dokter.... VC tiap2 malam ke tu sampai teruk eyebagnya.. mesti VC tunjuk sipi2 je gitu...hahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 12:36 PM | Show all posts
Bila nak kwen pakcik jeri ngan doktor delusional tu ekk? ekekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.325163 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list