CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

Anggota Bomba Suka Hati Bakar Harta Benda Dan Rumah Orang Sebab Bosan

[Copy link]
Post time 25-7-2023 06:40 PM | Show all posts |Read mode
PHOENIX, ARIZONA – Seorang anggota bomba di  Ash Fork, Arizona ditahan selepas mencetuskan beberapa kebakaran hanya kerana dia berasa bosan.


New York Post melaporkan,  Karson Nutter, 18, mengaku terlibat dalam sekurang-kurangnya tujuh daripada lapan kebakaran yang berlaku di daerah Ash Fork dan Coconino sejak  15 Jun lalu.


Menurut polis, anggota bomba sukarela yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba Ash Fork itu mengaku membakar harta benda kerana bosan, mahukan cabaran dan sebagai tindakan membalas dendam terhadap bekas majikannya.


Foto: New York Post




“Empat kebakaran melibatkan struktur. Ketika membuat pengakuan, Nutter berkata bahawa dia menyasarkan beberapa buah rumah kosong yang sudah usang,” kata polis.


Nutter kini ditahan di Pusat Tahanan Yavapai.


Dia berdepan tiga pertuduhan membakar bangunan, kerosakan jenayah dan lima pertuduhan membuat laporan palsu kepada penguatkuasa undang-undang. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038394 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list