CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Terengganu] 'Sama-sama bincang'

[Copy link]
Post time 25-7-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

OPERASI menangkap burung dilakukan oleh kakitangan Majlis Daerah Besut (MDB). FOTO Ihsan Facebook Majlis Daerah Besut

Jertih: Majlis Daerah Besut (MDB) akan memanggil wakil peniaga dan persatuan berkaitan untuk berbincang serta mencari jalan bagi menyelesaikan masalah najis burung tiong gembala kerbau di sekitar bandar ini dan bangunan Jerteh Souq, di sini.

Yang Dipertuanya, Mohd Fadli Ngah berkata, mereka sedia bersemuka dengan peniaga terbabit untuk mendapat gambaran sebenar situasi yang berlaku.

"Insya-Allah nanti kita akan panggil (wakil peniaga) untuk berbincang.

"Kita akan cuba mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan, keselesaan pengunjung di bandar Jertih, di sini, terganggu dek kerana bau busuk dan kotor akibat najis burung tiong gembala kerbau atau burung lebar yang menjadikan bangunan serta pokok sekitar bandar itu sebagai 'tempat tinggal' pada waktu malam.

Difahamkan, ratusan burung tiong gembala kerbau ini akan 'pulang' ke bandar itu menjelang jam 6.30 petang setiap hari untuk 'berehat'.

Paling terkesan adalah peniaga dan pekerja di bangunan Jerteh Souq, terletak bersebelahan stesen bas Jertih, yang terpaksa menghidu bau busuk dan menyengat hidung setiap hari.

Mohd Fadli berkata, sebelum ini MDB sudah mengambil inisiatif menutup lubang yang menjadi lokasi burung berkenaan hinggap.

Pada masa sama, pokok dan dahan di sekitar kawasan terbabit juga sudah dipangkas bagi mengelakkan bagi mengurangkan bilangan burung ini.

Difahamkan, antara usaha lain yang sudah diambil adalah semburan kabus (fogging), meletakkan haiwan lain seperti monyet dan kerengga pada pokok serta pencahayaan pada pokok.

Namun, usaha itu tidak berjaya dilakukan sepenuhnya tetapi hanya mengurangkan sebilangan kecil sahaja.

Selain itu, tindakan menebang pokok adalah langkah terakhir, tetapi ia tidak menyelesaikan masalah berkenaan kerana burung akan berpindah ke bangunan sekitar serta pokok lain.

Justeru, pihak MDB turut mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai untuk mengatasi masalah ini sepenuhnya.
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/07/991450/sama-sama-bincang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051087 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list