CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Kelantan] Terkena kilat ketika guna fon telinga

[Copy link]
Post time 25-7-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Unit Udara JBPM membantu membawa pesakit ke pesawat untuk dibawa ke Hospital Gua Musang, semalam. FOTO Ihsan JBPM

Gua Musang: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang lelaki Orang Asli yang terkena kilat sejak dua hari lalu ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Pesakit, Mazlan Roslan, 18, dipercayai terkena kilat ketika menggunakan fon telinga (earphone) sehingga menyebabkan dia kerap pengsan sejak Ahad lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman, berkata pesakit bersama pengiring dibawa dari Kampung Pinchong, Pos Gob ke HGM menggunakan pesawat Agusta Westland 139 (AW139).

"Pesawat berlepas dari pangkalan udara pada 4 petang dan tiba di Kampung Pinchong 5.38 petang. Pesakit dalam keadaan sedar, namun memerlukan pengusung untuk dibawa ke helikopter kerana tidak mampu berdiri dan difahamkan selepas kejadian dua hari lalu, dia kerap pengsan.

"Sejurus tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 5.55 petang, pesakit diserahkan kepada anggota Kementerian Kesihatan yang sudah menanti untuk dihantar ke HGM," katanya.

Mohd Hasrizal berkata, operasi membabitkan lima anggota unit udara diketuai Juruterbang Faridullahamin Mohd Noh dan dibantu Sarifudin Ladulu.

"Alhamdulillah pesawat selamat tiba di pangkalan udara pada 7 malam.

"Keseluruhan operasi adalah tiga jam enam minit kan keadaan cuaca hujan lebat di sekitar Raub," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ka-guna-fon-telinga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.600250 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list