CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 9

23 Tahun Jadi Perokok Tegar, Sehari 30 Batang, Sebulan Habis RM1000 Beli Rokok- Bapa Taubat Lepas Anak Masuk Hospital

[Copy link]
Post time 25-7-2023 11:04 AM | Show all posts |Read mode
"23 tahun perokok tegar, hari ini hari ke-224 aku dah berhenti secara tiba-tiba.


"Bermula daripada menjaga anak sakit di hospital. Kerap keluar wad untuk hisap rokok. Apabila balik ke wad, anak tutup hidung. Sebab badan dan mulut berbau rokok. Rasa malu dan bersalah sangat," luah seorang lelaki.


Katanya sebelum ini dia merupakan seorang perokok tegar yang mana mampu menghabiskan kira-kira 30 batang rokok dalam sehari secara purata.


Gambar Hiasan




Demi memenuhi 'keperluan' tabiat tersebut, dia sanggup memperuntukkan hampir RM1,000 setiap bulan untuk membeli rokok!


"Rokok Peter (light) satu kotak, tambah balut rokok harvest. Masa tinggal di Singapura semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sanggup menghabiskan $300 (sekitar RM950) setiap bulan untuk rokok," kongsinya lagi.


Namun siapa sangka, seorang perokok tegar akhirnya 'tewas' dek penangan anak tersayang.


"Lain betul penangan anak. Isteri nasihat banyak kali pun tak pernah jalan. Vape memang aku tak pernah sentuh," katanya lagi sambil menambah, dia memuat turun aplikasi 'Quit Smoking Tracker' untuk merekodkan pencapaiannya.


"Semoga aku terus istiqamah. Jom geng B40 semua. Sama-sama tinggalkan rokok," tulisnya lagi pada hantaran yang dikongsikan di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.












Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji langkah yang diambil lelaki berkenaan yang bukan sahaja berubah untuk keluarga, tetapi sebenarnya penting untuk kesihatan diri sendiri.


Selain memberikan sokongan, malah ada yang turut berkongsi cadangan dan saranan kepada lelaki berkenaan, berdasarkan pengalaman masing-masing.


"Tahniah! Jangan lupa buat check-up dengan doktor beritahu dah berapa hari berhenti merokok secara tiba-tiba. Minta doktor check kondisi dalaman takut ada side effect.


"Dah empat tahun berhenti merokok sejak ada anak bro. Perkara yang tak bagus untuk diwarisi, bagus tak payah wariskan ke generasi yang seterusnya.


"Sibukkan diri buat aktiviti sihat bang. Nanti lama-lama ok la. Saya pun dah nak setahun berhenti merokok. Diri sendri je nak berubah," demikian komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 11:16 AM | Show all posts
dunhill sekotak rm17++

berapa pinggan nasik tuuu uiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 11:21 AM | Show all posts
wow thanks for the apps, will try
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 11:26 AM | Show all posts
harap2 golongan perokok mcm ni takde lah nak komplen harga sayur, harga ikan or satu troli dah tak penuh dgn rm50.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Perokok n vape ni pembunuh. Pembunuh org keliling, org keliling tempat kerja, anak bini dan jiran yg x merokok kena kanser asma pernafasan sesak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 12:04 PM | Show all posts
Rokok Dblend baru RM8.
baru 240 sebulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka je mak ucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:10 PM | Show all posts
B40 ramai merokok & pada masa yg sama terima bantuan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 04:30 PM | Show all posts
Simunggu replied at 25-7-2023 04:10 PM
B40 ramai merokok & pada masa yg sama terima bantuan...

1K tu banyak... dia boleh beli macam2 dengan duit tu tp dia pilih merokok. patut gomen time buat banci tu tanya sekali merokok ke idok, kalau merokok tak payah bagi bantuan.
tapi mamat ni mujur dah insof...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 10:29 AM | Show all posts
sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082284 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list