CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2676|Reply: 33

Sanggup Drive Kereta Guna Kaki Dari Bagan Datuk Ke KL Semata-Mata Nak Pujuk- Lelaki Cair, Kahwin Dengan Wanita Tiada Tangan

[Copy link]
Post time 25-7-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Seorang jejaka digelar 'lelaki hebat kiriman Tuhan' kerana sudi memperisterikan pengantin perempuan yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan.


Kisah pengantin perempuan, Norfarrah Syahirah Shaari pernah tular sebelum ini kerana kecekalan dan semangatnya menjalani kehidupan seharian sebagai orang kurang upaya (OKU).


Ini termasuklah perkongsian pengalaman wanita ini memandu kereta menggunakan kaki.


Foto: Tiktok






Pengantin lelaki, Zulfadli Syahrul bersyukur selepas selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya di Bagan Datuk, Perak pada Ahad.


"Alhamdulillah, kami bernikah dengan sekali lafaz. Dia akhirnya menjadi isteri saya setelah setahun berkenalan.


"Saya akui sebak ketika melafazkan taklik selepas akad nikah. Saya bersyukur kami menjadi suami isteri dan saya anggap dia sebagai jodoh jatuh dari langit," katanya kepada mStar.


Mengimbas kembali detik perkenalan, dia yang mesra disapa Zul berkata, dia mula terpikat sewaktu menyaksikan salah satu video yang memaparkan Norfarrah di YouTube.







"Masa tengok dia menerusi video di YouTube, saya kata awek ni comel, cantik. Saya cuba untuk berkenalan dengan menghantar mesej kepadanya di Instagram dan Facebook.


"Tiga kali saya cuba tapi mesej tidak berbalas. Hanya selepas lebih dua tahun iaitu kira-kira dua hari menjelang Hari Raya Aidiladha tahun lepas barulah dia membalas mesej saya.


"Saya serius untuk berkenalan dengan dia, saya datang ke rumah keluarganya di Bagan Datuk pada petang Hari Raya Aidiladha itu," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.







Zul mengakui dia sebelum ini nekad mahu serius dalam perhubungan dan mengimpikan perkahwinan yang bahagia.


"Sebelum ini, saya pernah 'healing' seorang diri, malah berdoa kepada Allah supaya dipertemukan dengan jodoh.


"Di saat dia membalas mesej saya dan menyatakan kesudiannya untuk berkenalan, saya anggap Allah gerakkan hati saya untuk melihat dia adalah jodoh saya."


Menurut Zul, dia langsung tidak melihat kekurangan pada Norfarrah sebagai 'batasan' untuk berkenalan dan seterusnya bertunang pada 20 November 2022.


"Saya tak nampak dan tak pernah memikirkan kekurangan pada dirinya. Dengan hanya menggunakan kaki, dia mampu melakukan banyak perkara seperti orang lain.


"Isteri saya sebenarnya adalah super woman, dia ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri," katanya yang berniaga sendiri.


Mengulas lanjut, sifat lemah-lembut Norfarrah ternyata berjaya menawan hatinya untuk dijadikan sebagai isteri.


"aling buat saya cair adalah dia pandai memujuk. Kalau nak digambarkan, cara dia lembutkan hati seseorang macam budak kecil yang belajar berjalan sambil pujuk mak ayah.


"Cara memujuk dia memang sangat comel. Berselisih faham dengan pasangan adalah perkara biasa dan kami juga pernah melalui situasi itu.


"Tapi dia pernah pandu kereta dari Bagan Datuk ke Kuala Lumpur semata-mata nak pujuk saya. Jatuh air mata jantan saya melihat kesungguhan dia," katanya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji muka cantek. Tahniah kepada pasangan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti dejavu pula
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. tgk dia iron tudung pakai kaki amazing..
N kemas je dia pin tudung..
Iols caca merba..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 02:52 PM | Show all posts
ini kalau marah mulut ja bising tapi kuali, piring, hp tak terbang
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 03:02 PM | Show all posts
alahai sweet , semoga kekal ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 25-7-2023 02:52 PM
ini kalau marah mulut ja bising tapi kuali, piring, hp tak terbang

Sama mcm kalau org tu bisu, tgn je gerak laju². Bahagian masing². ????
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:28 PM | Show all posts
semalam aku baru lepak dengan sorg member aku ni, dah lama juga aku tak jumpa dia semalam lepak mmg byk la cerita la londeh, dia ni byk involved dengan hal2 berkaitan bantuan oku dan baitumal nih. wehh dia cerita kat aku jadi oku ni privilage dan mmg boleh make money sebenarnya, tak perlu kerja seumur hidup pon takda hal, dia ada la tunjuk few case yg ada oku boleh dpt duit lebih 10k sebulan, lagi kalau ada org viral2kan utk fundraising lagi sky rocket fund si oku ni dpt. ada 1 oku pekak minor dia bengang betul, dia tolong raise fund utk si pekak ni utk rawat cancer hujung2 si pekak guna duit bantuan wat beli kereta baru

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 04:31 PM | Show all posts
Apa kebenda tajuk trit tit tit ni.  Memangla guna kaki selama ni tekan pedal orang pakai tangan ke?  Dah dia tak de tangan kan tangan dia guna tetek pula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dia pernah pandu kereta dari Bagan Datuk ke Kuala Lumpur semata-mata nak pujuk saya. Jatuh air mata jantan saya melihat kesungguhan dia," katanya. -CARI

Jantan sial ni pondan ke hapa ni
Dgn pompuan OKU pun ko nak merajuk2 bagai smpi dia kene drive all d way fr Bagan Datuk to KL utk pujuk ko
Aku kalo org tu OKU, takdenya aku nk kecik hati ke hapa ke..sbb aku faham his/her limitation disability..takyah la nak kecik ati pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 05:19 PM | Show all posts
ye..agreed.. bodonhye laki..org tu oku..ko nk merajuk pn jgnlh smpai mcm die drive jauh2 nu  g pujuk ko.. xrisau ke die dgn mcm tu drive jauh kt highway
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Jodoh itu rahsia yg maha pencipta.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 10:28 AM | Show all posts
comeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semoga sorga la ek
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Upacara cium dahi pengantin perempuan dlm masjid takde dlm kitab..tk payahlah buat..ntah2 lagi 100 thn..comolot dlm masjid agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 12:26 PM | Show all posts
batmana replied at 26-7-2023 10:37 AM
Upacara cium dahi pengantin perempuan dlm masjid takde dlm kitab..tk payahlah buat..ntah2 lagi 100 t ...

Mula2 dia cium kedua pipi, the dahi. Selalunya orang cium dahi je.

Cium dahi memang takda dalam sunnah. Yang sunnah adalah mendirikan solat sunat selepas nikah. Ni ramai yang tidak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 26-7-2023 12:26 PM
Mula2 dia cium kedua pipi, the dahi. Selalunya orang cium dahi je.

Cium dahi memang takda  ...

Pilihankan nak buat boleh tak buat pun tak ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 12:39 PM | Show all posts
Dia first fell in love with the face. Yang lelain tu came later.

Jauh lagi perjalanan dek. Semoga bahagia berkekalan.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 12:42 PM | Show all posts
Comel ja pompuan cium tangan, lelaki cium dahi and please stop there!


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 25-7-2023 04:37 PM
Tapi dia pernah pandu kereta dari Bagan Datuk ke Kuala Lumpur semata-mata nak pujuk saya. Jatuh air  ...

Ya allah...3 kali i baca ayat tu juga sis...mati2 i ingat lelaki tu yg memandu memujuk perempuan...


Kesian perempuan tu sampai mati la kerja nya memujuk lakinya tu...marah sikit majuk kut...choiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan kejar lelaki yg lari2 jauh2 tangkap buat laki
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.225733 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list