CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3013|Reply: 34

[Tempatan] Sampai mati saya buat Menu Rahmah - Bos Mydin sebak

[Copy link]
Post time 25-7-2023 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Sampai mati saya buat Menu Rahmah - Bos Mydin sebak
Diterbitkan:  Jul 24, 2023 8:24 PM



Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Ameer Ali Mydin tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pandangannya mengenai pemergian menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup Allahyarham Salahuddin Ayub.

Bercakap kepada Astro Awani, ahli perniagaan yang sedih itu berikrar untuk meneruskan inisiatif Menu Rahmah "sampai mati."

Program Menu Rahmah diperkenalkan bagi membantu segmen B40 berdepan dengan kos sara hidup.

Di bawah program yang dilancarkan pada 1 Jan 2023, restoran yang mengambil bahagian menyajikan set makan tengah hari atau makan malam pada harga tetap RM5.



Amer berkata walaupun Menu Rahmah adalah satu inisiatif yang mudah, namun ia menyentuh hati rakyat.

"Saya harap, kawan-kawan dalam industri ni, memang ramai dah jumpa dia ramai dah kenal..we will continue this.

"Saya daripada pihak Mydin memang akan teruskan Menu Rahmah ini. Sampai mati saya buat. Okey dik, terima kasih dik," katanya.

Salahuddin, yang juga timbalan presiden Amanah, meninggal dunia akibat pendarahan otak di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Ahli politik berusia 61 tahun itu meninggalkan balu Fatimah Taha, enam orang cahaya mata dan 11 cucu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong Kampung Serkat di Pontian, Johor, pagi tadi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 1-8-2023 04:56 PM

ramai sayang arwah sbb dia mmg  betul2 menteri jenis buat keje..

tingat menteri kpdn sblm dia,bila hrga makanan naik,ayam takde, telor takde tahun lepas tapi menteri buat bodo tak buat apa2 tindakan pon utk selesaikan masalah..

Beliau ambik alih jawatan menteri masa harga mkanan tgh naik melonjak..tapi konsep harga rahmah  tu lah yg buatkan harga mkanan masih harga mampu milik utk semua


2022:






2023:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 03:38 PM | Show all posts
mmg arwah yg paling awal dlm kerajaan madani perkenalkan rahmah utk kurangkan beban rakyat... usaha arwah mmg patut dipuji. betul la kata org tua2... org baik ni cepat allah ambil balik...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 bersifat Rahmah sbb ramai dpt makan ( ada yg baru sedar peri pentingnya rakyat ada yg KELAPARAN & perlu MAKAN) walaupun ada yg claim can caused cancer la autisme la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 03:51 PM | Show all posts
Ini kadang2 kita lupa apa beza orang lama dengan orang muda.. dia punya wisdom, experience and empathy lain.. Arwah YB memang on the ground type dan cuba yang terbaik... bukan sembang formula je keje..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
memula kedai makan kt mydin tu...semua ada menu RAHMAH...jap jer..pastu ramai gak yg dah 'tarik diri'.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn janji sampai mati
Nnti jadi mcm lewbit konon selagi dia idup dia akan bayarkan ada org tu punya sewa rumah.
Tuptup....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
betul la kata org tua2... org jahat ni lambat allah ambil balik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak mesti dato amir terkesan sbb beberapa hr sblm tu diaorg jumpa dlm satu event. Tertengok dlm berita diaorg pakai bj batik dlm event tu. Terdetik dlm hati nmpak berseri betul arwah pakai bj batik corak tu. Cantik betul bj dia masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:17 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-7-2023 04:04 PM
betul la kata org tua2... org jahat ni lambat allah ambil balik...

ambooiii kaka kaki.. mengata atuk 97 letewwww
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 25-7-2023 04:17 PM
ambooiii kaka kaki.. mengata atuk 97 letewwww

saka atokcow ijau mumia fosil sukom98tahun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:18 PM | Show all posts
warga forum yang kata arwah delusional pasal harga barang naik tu tengah terkesima ke idok dengan berita kematian menteri KPDN ni?

dia memang buat kerja, iols report jalan raya teruk... tak lama kendian dia datang sendiri tengok jalan. lepas tu jalan tu elok...

sehari lepas dia meninggal... kontraktor jalan dok mengukur lagi. sesungguhnya iols harap siapapun yang akan menang di Parlimen Pulai ni, akan teruskan usaha naik taraf jalan di kawasan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 04:19 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-7-2023 04:18 PM
saka atokcow ijau mumia fosil sukom98tahun tersenyum sinis :2l ...

lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kaka buat kerojerr , i loikeee
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 11:45 AM | Show all posts
Inisiatif menu rahmah ni terbaik, tk Datuk Seri Salahuddin Ayub! Kos sara hidup dkt kl tinggi, rakyat nikmati menu rahmah tanpa rasa beban. skrg mmg semua benda mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 01:08 PM | Show all posts
Edited by chocolatedechat at 30-7-2023 12:32 AM
sunnybear replied at 29-7-2023 11:45 AM
Inisiatif menu rahmah ni terbaik, tk Datuk Seri Salahuddin Ayub! Kos sara hidup dkt kl tinggi, rakya ...
Betul. Sejak ada kempen rahmah ni boleh lah dapat beli makanan atau apa2x yang bajet. Skrg pun da byk peniaga2 sahut seruan buat pakej rahmah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 25-7-2023 03:26 PM
ramai sayang arwah sbb dia mmg  betul2 menteri jenis buat keje..

tingat menteri kpdn sblm dia,bila  ...

orang panggil arwah badut dlm rancangan debat dgn shahril samad...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 01:45 PM | Show all posts
Edited by gogo44 at 30-7-2023 12:39 AM
chocolatedechat replied at 29-7-2023 01:08 PM
Betul. Sejak ada kempen rahmah ni boleh lah dapat beli makanan atau apa2x yang bajet. Skrg pun da ...

Memang membantu la wey menu rahmah ni, nak2 time duit dah paras2 hidung huhuh. Kelmarin pun aku ada tengok kt fb ada launching KPDN dgn zcity, dorg buat pakej rahmah pulak, utk bayar2 bil ke, isi minyak.
cam bagus gak la kan.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pulak iklan dlm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Maidin dah berpuluh tahun jual menu murah..masa tu kita panggil nasi bajet lah..bezanya nasi bajet tepi jalan ikan n ayam saiz kecil..mydin besaq...rasa tu ikut tekak masing2lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 02:17 PM | Show all posts
Harap2 selain menu rahmah ni ada bantuan cucuk pelincir untuk lutut mek yah ye

@_blackbird
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.070396 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list