CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 4

Tiga Individu Termasuk Wanita Ditahan Polis, Dipercayai Suspek Bakar Bengkel

[Copy link]
Post time 24-7-2023 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Klang: Polis menahan tiga individu termasuk wanita dipercayai terbabit dengan kebakaran sebuah bengkel motosikal di Kapar dekat sini, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 25 tahun ditahan di Jalan Bukit Kapar pada 2 petang.


Keadaan kedai tersebut yang dibakar suspek. Sumber Kosmo! Online





Katanya, terdahulu pihaknya menerima laporan berkaitan perbuatan khianat dengan api pada 8.53 pagi, dan turut tular di media sosial.


"Bertindak atas maklumat, tiga suspek itu ditahan dan motif kejadian masih dalam siasatan.


"Semakan awal ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, kesemua suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.


Katanya, mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai polis berdekatan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2023 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh buat kerja tak clean. Padan muka kena tahan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 08:21 AM | Show all posts
Sepandai-pandai tupai melompat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 08:52 AM | Show all posts
ni yang ada rakaman cctv kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 09:11 AM | Show all posts
Hukum ganung sampai mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053316 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list