View: 392|Reply: 1
|
Bayi Seberat 0.62kg Akhirnya Pulang Ke Rumah
[Copy link]
|
|
Harrisburg: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan berat hampir 0.62 kilogram (kg) dibenarkan pulang ke rumah selepas 181 hari menerima rawatan di hospital.
Zaylan Reed yang dilahirkan pramatang, pada awalnya dimaklumkan hanya mempunyai peluang tipis untuk hidup.
KEADAAN Zaylen Reed yang dilahirkan pramatang. - AGENSI
Lapor Daily Mail, Krysten Risbon, 22, dari Pennsylvania di Amerika Syarikat (AS) melahirkan Zaylen pada 23 Disember tahun lalu ketika kandungannya hanya berusia 23 minggu dan enam hari, kira-kira 16 minggu lebih awal berbanding tarikh jangkaan bersalin.
Zaylen menghidap jantung berlubang dan terpaksa menggunakan ventilator selama beberapa bulan memandangkan paru-paru bayi itu tidak dapat berfungsi baik untuk membantunya bernafas dengan sendiri.
Namun, bayi `ajaib’ itu kini pulang ke rumah dan menunjukkan perkembangan yang positif.
Krysten pula kini sedang belajar untuk menjadi jururawat unit rawatan rapi neonatal (NICU) hospital.
“Apabila saya mula-mula memegang Zaylen, dia kelihatan amat kecil. Dia lebih ringan berbanding bayi lain kerana berat badannya hanya 0.62kg.
“Doktor memberitahu bayi kami mungkin tidak bertahan lama namun Zaylen membuktikan sebaliknya. Dia merupakan pejuang dan bayi ajaib,” katanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
keciknya baby... hrp2 survive. |
|
|
|
|
|
|
| |
|