Selepas kejayaan Inilah JalanNya yang dirilis pada bulan Januari tahun ini, kini Kugiran Masdo yang dianggotai oleh Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi kembali lagi dengan buah tangan terbaru yang berjudul Pujaanku.
Buah tangan terbaru ini sangat istimewa kerana ia menampilkan penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz sebagai rakan duet.
Lirik Pujaanku ditulis sendiri oleh Ali Sariah bersama Heidi Moru dan muzik diterbitkan oleh Kugiran Masdo dan Shahakam. Bait dalam lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang sangat mencintai dan menghormati seseorang yang disebut sebagai pujaan.
Dalam bait ini, penulis menyapa pujaannya yang sedang terdiam, raut wajahnya menunjukkan bahawa ada sesuatu yang mungkin sedang difikirkannya. Penulis menyatakan bahawa pujaannya adalah segalanya baginya, tidak peduli apa yang terjadi di masa depan, penulis ingin tetap bersama pujaannya dalam kebahagiaan dan kesedihan, seperti yang mereka lakukan dalam masa lalu.
Secara keseluruhan, lagu Pujaanku mengungkapkan perasaan yang dalam dan tulus terhadap pujaannya. Lagu ini mengekspresikan cinta, penghormatan, dan kesetiaannya yang abadi melalui katakata yang penuh perasaan. Jelas Kugiran Masdo,
“Kami amat berbesar hati kerana Aisyah Aziz menerima lamaran kami untuk tampil dalam lagu terbaru kami ini. Kami berharap para peminat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia suka dengan PUJAANKU dan teruskan menyokong kami setiap masa”.
Video muzik rasmi Pujaanku yang merupakan arahan Aqil Muaz dari Kualitea Production ini menceritakan pasangan kekasih yang akhirnya berjumpa setelah sekian lama hanya berhubung melalui utusan surat. Video muzik ini juga menampilkan Aisyah Aziz yang diterbangkan dari Singapura dan penggambaran bagi video muzik ini mengambil masa dari jam 7 pagi ke 6 pagi hari berikutnya.
Mood dalam video muzik ini juga mengembalikan memori ke zaman retro dari segi props, pakaian dan solekan. Secara keseluruhan, para penonton yang menonton video muzik ini akan berasa seolah-olah mereka berada dalam era retro itu sendiri.
sebab iols suka suara aisyah tu meskipun sheolss tak berapa popular di sini...
abang dia je popular itupun sebab kes curang tiap2 tahun...
sampai sanggup mencurangi si pinggan kemek demi peah yang menyerupai mangkuk yang di perbuat dari tulang firaun...
semestinya pinggan kemek akan iri hati terhadap mangkuk yang di perbuat dari tulang firaun... kualitinya tidak sama bahkan hasil tangannya lebih kemas...