CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Pulau Pinang] Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan ALLAH

[Copy link]
Post time 24-7-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-7-2023 04:02 PM

Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan ALLAH

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  24 Julai 2023  03:21pm







Wan Salim.




GEORGETOWN - Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan muzik British, The 1975 dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada ALLAH SWT sebagai menzahirkan perasaan kesal walaupun mereka tidak dikira melakukan dosa.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, walaupun mereka yang menonton tidak menjangka tindakan tidak bermoral oleh penyanyi kumpulan tersebut, mereka tetap perlu memohon keampunan daripada Tuhan.

"Perlu diingat, agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya. Yang ditentang dan dilarang adalah hiburan dan apa juga aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran, kelakuan penonton atau peminat.

"Oleh itu, umat Islam yang pergi menonton konsert tersebut dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada ALLAH SWT, walaupun perbuatan tidak bermoral itu dilakukan tanpa dijangka di hadapan mereka," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Sabtu, kerajaan Malaysia menghentikan festival muzik di Sepang dan menyekat kumpulan muzik The 1975 daripada melakukan persembahan kerana ‘tindakan tidak senonoh’ mereka.

Insiden pada Jumaat lalu telah mencetuskan kekecohan yang bukan saja menimbulkan kemarahan kerajaan, tetapi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkata, tindakan vokalis Matty Healy dan pemain bass Ross MacDonald boleh mendedahkan mereka kepada diskriminasi.

Susulan daripada itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu.

Di Malaysia, budaya homoseksualiti adalah kesalahan jenayah kerana penduduk negara ini adalah majoriti beragama Islam.


Tambah Wan Salim, sejarah tamadun Islam tidak pernah menyaksikan sebarang konflik antara agama dan kemajuan termasuk dalam bidang kesenian dan hiburan.

"Apa yang Islam sarankan adalah semua pihak hendaklah sama-sama berusaha ke arah pembinaan masyarakat yang baik, adil dan bersih.

"Justeru itu, tidak wajar bagi sebuah negara yang ingin membangun generasi penerus yang dinamik dan progresif membawa masuk budaya luar yang boleh merosakkan nilai-nilai moral.

"Nilai moral yang tinggi amat diperlukan untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara," katanya.

Beliau menambah, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak boleh dipersalahkan kerana membatalkan festival berkenaan kerana perlakuan yang ditunjukkan itu jelas tidak senonoh untuk dipertontonkan.

"Dengan mempamerkan kelakuan tidak bersopan oleh vokalis kumpulan berkenaan serta kritikannya terhadap undang-undang Malaysia di dalam konsert tersebut, maka jelas kumpulan The 1975 ini berniat serong terhadap Malaysia dan rakyatnya.

"Ini kerana, rakyat Malaysia masih mendukung dan menghormati nilai-nilai akhlak murni.

"Selain itu penganjur festival juga telah membuat akujanji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert tersebut, maka KKD berhak membatalkannya dan tidak boleh dipersalahkan," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055022 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list