CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 703|Reply: 5

Hari-Hari Bau Tahi! Bandar Jertih Busuk Dan Kotor

[Copy link]
Post time 24-7-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Jertih: Bandar Jertih berbau busuk dan kotor akibat najis burung tiong gembala kerbau atau burung lebar yang menjadikan bangunan serta pokok sekitar bandar itu sebagai habitatnya pada waktu malam.


Difahamkan, ratusan burung tiong gembala kerbau pulang ke bandar ini menjelang jam 6.30 petang setiap hari.


Harian Metro melaporkan kawasan sekitar kaki lima, bawah pokok dan bangunan sekitar bandar dipenuhi najis burung terutama waktu pagi.


Foto: Harian Metro




Paling terkesan adalah peniaga dan pekerja di bangunan Jerteh Souq, terletak bersebelahan stesen bas Jertih yang menghidu bau busuk dan menyengat hidung setiap hari.


Bukan hanya bau busuk dan persekitaran kotor, masalah itu juga dikhuatiri mengundang penyakit kepada orang ramai.


Masalah itu berlarutan sekian lama dan pihak berkuasa sudah mengambil tindakan.


Namun, tindakan susulan amat perlu demi memastikan persekitaran bersih, sekali gus memberikan keselesaan kepada mereka.


Peniaga, Muhammad Azmi Abd Rawi, 29, berkata, dia menyewa lot kedai untuk menjual aksesori telefon di tingkat satu bangunan berkenaan sejak 2020.


Katanya, setiap hari dia menghidu bau najis burung ketika membuka kedai.


"Disebabkan keadaan persekitaran kurang selesa, ada pelanggan memilih menggunakan perkhidmatan penghantaran barang terus ke rumah mereka kerana tidak mahu datang ke sini.


"Walaupun banyak lot kedai berhampiran, hanya beberapa peniaga menjalankan perniagaan di sini kerana mereka tidak selesa dengan persekitaran," katanya.


Katanya, sepanjang hampir tiga tahun dia mencari rezeki di kawasan itu beberapa tindakan dilakukan pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Besut (MDB) bagi mengelak burung masuk ke dalam bangunan seperti memasang jaring serta pintu kaca namun keadaan tidak berubah.


"Cadangan saya, mungkin pengurusan bangunan ini boleh memindahkan kaunter tiket bas di tingkat bawah ke atas bagi memudahkan kerja membersihkan najis burung," katanya.


Tukang jahit, Ruhana Mamat, 63, berkata, sejak hampir 10 tahun berniaga di kawasan itu keadaan tidak berubah.


"Hampir setiap kali pelanggan datang pasti merungut mengenai bau busuk serta keadaan persekitaran kotor dipenuhi najis burung.


"Jika kawasan ini bersih kami boleh berniaga lebih selesa dan ramai pelanggan berkunjung ke sini," katanya.


Penjual tiket bas, Che Noraini bt Che Omar, 40, berkata, setiap hari dia berdepan situasi tidak selesa ketika bekerja kerana najis burung berserakan di hadapan kaunter.


"Biasanya awal pagi kawasan hadapan pintu masuk kaunter dipenuhi najis burung dan pekerja pembersihan mencuci kawasan itu beberapa kali sehari untuk menghilangkan kesan najis.


"Antara langkah yang boleh diambil pihak berkuasa adalah memasang siling pada bumbung terbuka bagi mengelak najis burung berselerakan di atas bumbung kaunter tiket bas dan kawasan souq.


"Kami mohon supaya pembersihan mingguan secara berkala menggunakan semburan water jet dilakukan untuk mencuci najis burung di kawasan hadapan bangunan terutama di bawah pokok," katanya.


Noraini berkata, menjelang Maghrib kawasan berkenaan bising dengan bunyi burung dan menganggu urus niaga dengan pelanggan.


Pengunjung Yusnita Mat Salleh, 40, berkata, pihak berkuasa tempatan perlu lebih peka dengan kebersihan kawasan persekitaran bandar Jertih bagi menjaga imej terutama kepada pelancong dalam serta luar negeri. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 10:34 AM | Show all posts
euwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww tembak mati je beburung tu xleh ek
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 10:38 AM | Show all posts
kita suka g sungai lembing..kawasan dia bersih sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Burung salah ke manusia yg salah buat bangunan kat habitat burung?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian...btw kt KL ni pun bnyk je gagak hitam suka drop mayonis segar dkt kepala org awam... terutamanya area Sogo, Dang Wangi dan sekitarnya... sbb tu klau jenjalan area situ iollz standby payung atau topi... so far iollz tak penah kena lg, tp selalu kena kt kereta..nk blik mesti ada tompokan mayonis segar dkt cermin atau pintu kereta... malu la dkt pelancong... kt Singapore takde gagak liar, persekitaran pun nyaman dan bersih
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2023 08:39 AM | Show all posts
helicornia: Burung salah ke manusia yg salah buat bangunan kat habitat burung?


hidup taik burung!

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 1.413325 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list