CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8698|Reply: 137

Media Sosial Gempar, Ramai Takut Imam Mahdi Bakal Muncul Pada Tahun 2024?

[Copy link]
Post time 24-7-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa potongan video yang membincangkan tentang kemunculan Imam Mahdi yang dijangka bakal muncul pada tahun 2024 kecoh dibincangkan di media sosial.


Susulan itu Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dipanggil UAI tampil menjelaskan perkara ini ketika menyampaikan ceramah di sebuah masjid.


Menerusi potongan video dimuat naik BacalahHub di TikTok, UAI memaklumkan bahawa wajib bagi seorang Muslim itu untuk mempercayai kemunculan Imam Mahdi yang merupakan salah satu tanda besar kiamat.




Gambar Hiasan




Namun begitu, UAI menasihatkan kepada semua umat untuk tidak menentukan bila tarikh Imam Mahdi itu akan muncul kerana ia merupakan salah satu perkara yang ghaib.


"Imam Mahdi akan terbit (muncul), insya-Allah akan terbit wajib kita percaya sebab disebut oleh Rasullulah SAW.


"Bila Nabi yang sebut kita (wajib) percaya, kalau Facebook yang sebut kita tak percaya.


"Cuma jangan kita letak tahun kerana dia ghaib (tetapi) akan muncul.


Menurut UAI, setiap apa yang hendak diperkatakan itu perlulah mengikut dalil serta nas yang telah diperkatakan oleh Rasulullah SAW.


"Jadi kalau kita nak sampaikan, cakaplah seperti mana yang Nabi cakap yakni (Imam Mahdi) akan muncul.


"Tetapi kita lebih pandai pula dari Nabi, kita cakap akan muncul tahun 2024, macam dululah kecoh kiamat pada 2012.


"Tidak ada orang yang tahu kiamat tu bila, meskipun tak diberitahu tarikh wajib kita yakin sudah kerana Allah cerita akan berlaku begitu juga seperti (munculnya) Imam Mahdi, Dajjal, Nabi Isa dan sebagainya.


"Apa yang kita nak ceritakan mengenai benda yang akan datang, mesti kena ada sandaran, kena ada nas.


Tambah UAI lagi, apa yang menjadi masalah kepada masyarakat hari ini ialah kebanyakan mereka suka untuk menambah-nambah sehinggakan perkara itu menjadi masalah dan asbab kepada ketakutan dalam diri masyarakat.


"Seperti contoh Nabi Muhammad kata, Nabi Isa akan turun di satu menara berwarna putih di Damsyik, Syria, jadi ceritalah yang sebetulnya.


"Jangan pula cerita pula menara itu berwarna biru dan sebagainya, tak boleh memandai-mandai sebab Nabi sebut menara putih.


"Begitu juga dengan Imam Mahdi, ada tak Nabi sebut tahun? Hah itu masalahnya.


Di akhir video tersebut, UAI menasihati kepada semua untuk sentiasa bersama dengan para alim ulamak supaya dapat tergolong dalam golongan yang mengikuti Imam Mahdi apabila muncul nanti.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibn Kholdun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak² yg terpaling isle bole beza dak antara dajjal ngn imam mahdi nnt
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 11:02 AM | Show all posts
Pelik kan, terpaling islam tapi bila qada dan qadar tak boleh terima.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 11:24 AM | Show all posts
imam mahdi sendiri tak tau dia tu imam mahdi....

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni, imam mahadi mmg akn muncul, esok pon boleh. Sbb kita wajib percaya tp kalau duk letak2 tarikh ni mmg mengarut. Ni slh 1 cara nk sesatkan umat islam. Mcm tilik nasib, tilik future
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2023 11:28 AM | Show all posts
bersediakah kita?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 12:49 PM | Show all posts
..messiah tu pun tah-tah dah ada cuma orang ramai tak sedar akan kewujudan dia sebab telah difitrahkan ke atasnya akan bersikap introvert - introverts are typically more comfortable interacting with small groups of people rather than large groups. Ramai yang masih dok jangka orangnya pasti lah macam seorang icon pujaan dan ramai followers.,.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 12:56 PM | Show all posts
dari kecil sampai besar
cerita about the apocalypse
tak habis2
mcm lar byk sgt dah amalan yg diterima
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 24-7-2023 01:53 PM

Bgnn tinggi2 belum 100%,huruhara arab belum 100% huruhara dunia belum 100%, perang eropah tgh jalan,  perang slps eropah perang yg tu tu belum, imam muncul bila manusia2 menderita 1 dunia,  zaman itu korang bersediakah berebut kepala sapi berebut roti elec xde eectrik internet duit collapse sana sini huruhara
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 01:49 PM | Show all posts
Masa zaman PKP dulu pun kecoh jer geng-geng ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ratib imam mahdi kulu kilir, tp ko tu solat pun lambat, subuh pun subuh gajah lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 24-7-2023 11:28 AM
bersediakah kita?

Jujurnye belum..
Byk lagi benda lagha yg masih dibuat..
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 02:33 PM | Show all posts
purcayalah...semua tak akan muncul...yg pasti muncul kiamat kecil anda sendiri iaitu kematian...and full stop.....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 02:59 PM | Show all posts
Edited by brego at 24-7-2023 08:00 PM

orang Isle in denials,
nak doakan kemunculan mujaddid,
memang takde lah kan, dah masing2 pun jahil

kutok2 lagi ada, termasuk la lobai2 perasan educated.
sampai masa IM keluar,
jgn pelik ler kalau spesis ni yg menentang dan lawan IM

orang yahudi jugok yg beriman dengan peristiwa akhir jaman
dari budak2 sampai ke tua bangka,
semua nya berdoa semoga tokoh akhir jaman mereka muncul






Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 03:11 PM | Show all posts

Kannn? daripada nk gempar2 kt med sosial tnya diri sndri dlu...

NI main share2 bukan main, azan masuk waktu solat xda plak nk segerakan solat....iols ckp utk diri sndri jugak ni, :
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 03:13 PM | Show all posts
ninja boy replied at 24-7-2023 01:46 PM
Bgnn tinggi2 belum 100%,huruhara arab belum 100% huruhara dunia belum 100%, perang eropah tgh jalan, ...

IM memang akan keluar bila umat Isle tak bersedia
bila umat manosia persis ereb jahiliyyah

sampai masa, huru hara akan berlaku di mana2,
time tu manosia akan tercari cari siapa sang penyelamat @ the messiah

pengikut IM tak ramai pun, minoriti.
yang ramai nya di sebelah sana

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 03:20 PM | Show all posts
kadang2 x paham org kita ni.. benda dlm fb tiktok ckp semua percaya. bila ustaz ckp byk plak dalihnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 03:24 PM | Show all posts

kalau tanya orang jahil,
sampai kiamat bumi hancur lebur pun takkan sedia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.847570 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list