CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2534|Reply: 40

Brunei Catat Kadar Obesiti Kedua Tertinggi Di Asia Tenggara Selepas Malaysia

[Copy link]
Post time 23-7-2023 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Bandar Seri Begawan: Brunei merekodkan angka penduduk obes kedua tertinggi di Asia Tenggara iaitu 14.1 peratus, dengan purata indeks jisim tubuh (BMI) 27 kilogram meter padu berdasarkan Penilaian Penduduk Dunia 2023.


Bagaimanapun, jumlah rakyat yang obes di negara itu masih tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan negara lain di Eropah dan Amerika Utara, selain Malaysia berada di kedudukan tertinggi dengan 15.6 peratus.


Gambar hiasan



Kadar obesiti di Brunei didapati meningkat akibat beberapa faktor seperti perubahan dalam diet dan gaya hidup, selain peningkatan jumlah pekerjaan yang memerlukan individu duduk dengan lama.


Susulan itu, kerajaan Brunei melaksanakan beberapa langkah bagi mengatasi isu berkenaan, antaranya mempromosikan amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.


Laporan Penilaian Penduduk Dunia 2023 itu turut menyatakan obesiti menjadi kebimbangan global berikutan jumlah individu yang obes meningkat tiga kali ganda sejak 1975 kepada kira-kira 2.1 bilion, atau 30 peratus daripada penduduk dunia dan ia dijangka terus meningkat.


Analisis Atlas Obesiti Dunia 2023 oleh Persekutuan Obesiti Dunia pula menunjukkan jumlah individu dewasa yang obes di Brunei dijangka meningkat pada purata 4.2 peratus setahun antara 2020 hingga 2035, manakala obesiti dalam kalangan kanak-kanak diunjur meningkat 4.4 peratus setiap tahun bagi tempoh sama.


Jumlah penduduk yang memiliki berat badan berlebihan dan kadar obesiti tinggi juga dijangka memberi kesan pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Brunei sebanyak 2.2 peratus.


Obesiti adalah antara punca utama kes kematian yang boleh dielakkan, selain ia mengurangkan kualiti kehidupan seseorang individu dan jangka hayat secara dramatik. - AGENSI




Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesia ada kawan la now yach..

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 09:59 PM | Show all posts
so acik2 kepam obese putrajaya lepas pencen deme pindah duk brunei ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh malunya..menduduki carta teratas obesiti..tp mmg makin gundu dh ni..jarang exercise
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 11:21 PM | Show all posts
mana inda lampoh, makan saja di sini ani. kan bersukan pun malas
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats Brunei...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2023 03:47 AM | Show all posts
Tadi tgk youtuber jalan2 kat ioi mall...mmg majoriti yg lalu lalang dlm video tu besar2 belaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
@gideoncross tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah berapa tahun malaysia pegang record? Kenapa singaporean x gemuk? Ni soalan serius sbb sana kan negara maju . Thai, indon n lain2 masih byk pekerjaan yg guna tenaga
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:34 AM | Show all posts
anony-mous replied at 24-7-2023 07:49 AM
Dah berapa tahun malaysia pegang record? Kenapa singaporean x gemuk? Ni soalan serius sbb sana kan n ...

sana takde acik2 gomen kepam gundu asal meeting je penuh makanan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 24-7-2023 08:34 AM
sana takde acik2 gomen kepam gundu asal meeting je penuh makanan

Tp yg gemuk2 ni byk je acik swasta
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:51 AM | Show all posts
anony-mous replied at 24-7-2023 07:49 AM
Dah berapa tahun malaysia pegang record? Kenapa singaporean x gemuk? Ni soalan serius sbb sana kan n ...

la sis ni singaporean ramai mana je nak banding dgn kita
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 24-7-2023 08:51 AM
la sis ni singaporean ramai mana je nak banding dgn kita

Aiyo mmg la x ramai, hbis tu brunei tu ramai ke sis? Rasanya ramai singaporean lg dari brunei? Then ni kan kira percentage. Fair la xkira negara tu ramai ke x. Bkn kira berapa ratus or ribu org
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:17 AM | Show all posts
anony-mous replied at 24-7-2023 09:11 AM
Aiyo mmg la x ramai, hbis tu brunei tu ramai ke sis? Rasanya ramai singaporean lg dari brunei? The ...

oh ye la salah faham
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa berita malaysia tapi tulis pasal brunei ke2 ter obese bukan pasal malaysia paling obese?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 24-7-2023 07:49 AM
Dah berapa tahun malaysia pegang record? Kenapa singaporean x gemuk? Ni soalan serius sbb sana kan n ...

Sbb kat singapore ada sugar tax, imposed to manufacturers..

2ndly, sana public transport efficient.. so orang byk jalan kaki..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 24-7-2023 07:49 AM
Dah berapa tahun malaysia pegang record? Kenapa singaporean x gemuk? Ni soalan serius sbb sana kan n ...

Makanan dekat singapore mahal dan berkualiti. Makanan kita mostly mamak n nasi campur.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:24 AM | Show all posts
singapore tu, nak beli kereta pun mahal theyols byk jalan kaki je,naik public transport.

kita ni nak pergi mana2 senang naik kereta je. public transport mcm haghaaammm

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 24-7-2023 09:20 AM
Makanan dekat singapore mahal dan berkualiti. Makanan kita mostly mamak n nasi campur.

Singapore mkn apa yg berkualiti tu? Ni betul soalan serius. Sbb kedudukan kita n SG sebelah2 . Faktor makanan suppose byk pengaruh n jb pon byk makanan sedap n menggemukkan. Tp how come SG x tercalon? Kedudukan no berapa SG ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 24-7-2023 09:20 AM
Sbb kat singapore ada sugar tax, imposed to manufacturers..

2ndly, sana public transport efficie ...

Berapa rege gula kat sana? Tp boleh masuk malaysia mkn2 kan? Dkt je johor tu. Nmpk gaya menteri kesihatan n pengangkutan kena bina byk public transport. Udah2 la nk promote tesla apa jadah tu. Bg byk berjalan . Mula2 je seksa. Dah lama ok je jln naik public transport
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.067640 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list