CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 6

Pengguna Kecewa, Kaunter Masih Tutup Pukul 8 Pagi

[Copy link]
Post time 23-7-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dengan sikap dan layanan sebahagian kakitangan sebuah syarikat air di Kelantan.


Ini kerana dakwa lelaki tersebut, semua panggilan dan mesej yang dibuat ke pejabat dan kakitangan syarikat tersebut langsung tidak dibalas.


Keadaan kaunter syarikat air yang masih tutup yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial.



Malah lebih mengecewakan katanya, ketika kunjungan ke pejabat syarikat air itu di Pasir Mas mendapati tiada seorang kakitangan di kaunter walaupun masa bekerja bermula pukul 8 pagi.


“Pukul 9.13 masih tutup, padahal waktu kerja 8 pagi. Ambo (saya) masuk tunggu dalam 10 minit baru keluar seorang staf tapi bukan yang jaga kaunter.


“Nak semak detail report (laporan) tak boleh staf jaga kaunter cuti. Boleh dia tinggal kaunter kosong, teruk sungguh servis (perkhidmatan) syarikat air ini,”luahnya kecewa.


Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna turut berkongsi kisah sama yang mereka hadapi di beberapa cawangan syarikat itu dan mahu tindakan segera diambil oleh pengurusan syarikat bagi menangani isu berkenaan.


“Harap dengan viral pos ni , efektif la sikit yang kerja Air Kelantan tu. Lama sudah Kelantan kita bermasalah dengan air walaupun banyak sumber air. Singapura yang ambil air dari Malaysia pun tak seteruk kelantan,” tulis Norma Kamarudin.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Biskut Riang.


“Macam manalah nak maju, kalau cara kerja macam ni. Bagus viral pasal ni, kalau tidam ramai orang tak tahu,” ujarnya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg harom itu anjing & vavi.
Bukan rasuah @ mkn gaji buta
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkl 7.50 punch in..8 pi cari breakfast dulu mcm biasa..kalau salah minta maaf la ye ..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:06 AM | Show all posts
Mu nak isle ke mu nak kijo 8 pagi? ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts

Bagus topik ni, kalau blh letak kt bod isu semasa. Biar rakyat Malaysia ramai² pakat amik gambar terutamanya kaunter pejabat kerajaan, badan berkanun, viralkan sbb dah teruk sangat selesa makan gaji haram tak bertanggungjawab menyusahkan orang membazir masa tunggu nak berurusan di kaunter.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:19 PM | Show all posts
mmg isu nii semua tempat sama jeee, tp tula at least jgn laa kosong teruss mmg kantoi busuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2023 05:02 AM | Show all posts
Experience aku internship dlu dkt gov sector, mmg benda ni wujud… suka hati je jam brpa nak masuk keluar dan balik… pening
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.075700 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list