View: 415|Reply: 2
|
Setiap Hantaran IG Cristiano Ronaldo Dibayar RM10.97 Juta, Kalah Kylie Jenner
[Copy link]
|
|
Setiap hantaran berbayar yang dimuat naik Cristiano Ronaldo akan dibayar 1.87 juta pound (RM10.97 juta), menjadikan penyerang sensasi Al-Nassr itu individu yang menerima bayaran tertinggi di Instagram (IG).
HopperHQ, sebuah syarikat pemasaran media sosial antarabangsa mendedahkan kapten Portugal itu mengatasi selebriti Hollywood, Kylie Jenner yang meraih 1.47 juta pound (RM8.67 juta) bagi setiap hantaran.
IG
Lionel Messi yang kini beraksi bersama Inter Miami dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat menjana 1.38 juta pound (RM8.09 juta).
Ronaldo, 38, memang diketahui menjalin kerjasama dengan beberapa penaja gergasi sejak beberapa tahun lalu.
Pada 2019, dia disenaraikan sebagai individu ketiga terkaya dalam Instagram.
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu turut dianggarkan memiliki kekayaan sekitar 500 juta pound (RM2.9 bilion) dan jumlah tersebut akan meningkat selepas dia menandatangani kontrak 30 bulan bersama Al-Nassr.
Penghijrahan ke Arab Saudi melonjakkan lagi nilai Ronaldo apabila meraih kekayaan 175 juta pound (RM1.02 bilion).
Menurut Forbes, bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu muncul atlet yang meraih gaji termahal di dunia.
Dia berjaya mengatasi beberapa bintang sukan dunia lain seperti legenda tenis, Roger Federer (Switzerland), bintang golf Amerika Syarikat,
Tiger Woods serta jaguh seni mempertahankan diri Ireland, Conor Mcgregor.
IG
Jenner yang merupakan anggota keluarga selebriti terkenal, Kardashian menjana jutaan pound menerusi hantaran media sosial, selain menjadi wajah eksklusif gergasi fesyen dunia, Jean Paul Galtier.
Kini dia juga melancarkan produknya tersendiri, Kylie Cosmetics dan Kylie Swim.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Huntong la uols pendapatan juta2 per day. Macam main aktor Squid Game tu ha. Gila kau 1 episod SQ 2 dia demand sampai RM 4.6 juta. Ada 13 episod so kalau Netflix setuju ko kira la berapa pendapatan dia berlakon 1 drama tu ja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|